[VIDEO] Makin meletup bersama St Louis City, tiba masa beri peluang Wan Kuzain sertai HM? – Sukan


WAN KUZAIN WAN KAMAL sekali lagi membuatkan penyokong Harimau Malaya tidak senang duduk selepas berjaya meledak jaringan ketiga bersama St Louis City FC 2 ketika menentang Earthquakes II pada Isnin lalu.

Kuzain yang diturunkan ke dalam kesebelasan utama pasukan meneruskan rentak kecemerlangan dengan menjaringkan gol ketiga yang mana sebelum ini dia mencatatkan jaringan kedua ketika menewaskan Real Monarchs dengan keputusan 4-1 pada 19 Jun lalu.

Perancang tengah berusia 25 tahun itu beberapa kali melakukan gerakan yang menarik untuk membantu pasukan memperoleh ruang bagi menjaringkan gol.

Bukan itu sahaja, ketenangan yang ditampilkan oleh pemain kelahiran Amerika-Malaysia itu jelas menjadi tunjang pasukannya apabila mengawal tempo perlawanan dengan cukup baik.

Dalam perlawanan itu, Kuzain menerima hantaran daripada rakan sepasukan dalam kotak penalti sebelum membuat keputusan untuk menedang bola menggunakan kaki kiri meskipun penjaga gol pihak lawan sudah menutup ruang.

Bagaimanapun, Wan Kuzain terpaksa akur pasukannya tewas melalui sepakan penalti 2-4 selepas terikat 1-1 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Dengan aksi konsisten yang dipamerkannya bersama St Louis City, rata-rata penyokong Harimau Malaya mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kim Pan-gon memberi peluang kepada Kuzain untuk mengendalikan jentera tengah Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan akan datang.

“Okay dah boleh bawa dia main Asia dengan Harimau Malaya,” kata @C_ph4r.

“Salah satu pemain tengah terbaik yang mampu menjaringkan gol daripada Malaysia,” jelas @Meaqai.

“Mungkin boleh bagi peluang untuk dia main beberapa perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya? Kalau bagus satu kelebihan untuk skuad kebangsaan,” ujar @Sides7.

Sebelum ini, Kuzain dikhabarkan bakal pulang ke Malaysia dan dikaitkan akan menyertai skuad Gergasi Merah namun perpindahan itu tidak berlaku selepas pemain tengah itu kekal di St Louis City. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BAM, Misbun Sidek bersetuju untuk berpisah – Sukan

Next Post

Tommy kata TFC baik-baik saja, Nor Hakim pula semakin bersemangat rebut posisi – Sukan

Related Posts