[VIDEO] Mahu sekat treble Man City, Ten Hag guna cara ultras bakar semangat skuad Man United – Sukan


ERIK ten Hag berjanji di hadapan penyokong setia Old Trafford bahawa Manchester United mempunyai peluang yang sangat baik untuk memenangi Piala FA dan memusnahkan usaha Manchester City untuk melakar kejayaan ‘treble’.

Selepas mengesahkan tiket kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dengan menewaskan Chelsea Jumaat lalu, The Red Devils mengesahkan tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari terakhir kempen.

United bangkit daripada gol tandukan awal Kenny Tete sebelum David De Gea menyelamatkan sepakan penalti Aleksandar Mitrovic.

Jadon Sancho dan Bruno Fernandes kemudian memastikan kemenangan 2-1 menentang Fulham, pada Ahad.

Pemain diberi sambutan yang hebat sejurus wisel penamat dengan De Gea menerima Anugerah Sarung Tangan Emas.

Selepas itu Ten Hag mula memberikan ucapan kepada seluruh penyokong setia Manchester United yang hadir ke stadium pada hari terakhir perlawanan liga.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain kami.

“Saya fikir mereka telah menempuhi satu musim yang cemerlang.

“Mereka juga disokong oleh staf. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada staf kami.

“Kedua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda (peminat) semua,” katanya dengan penuh semangat kepada peminat di stadium.

Sepanjang musim ini kami berjuang dengan sangat hebat di Old Trafford dan di tempat lawan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih untuk musim ini dan sumbangan anda yang telah menyokong kami, ia menakjubkan, jadi terima kasih.

“Tetapi masih ada satu perlawanan lagi dan saya yakin barisan pemain ini akan memberikan segalanya untuk menewaskan Manchester City minggu depan (Sabtu).

“Jika anda menyokong kami, saya pasti kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk merampas kembali piala itu ke Old Trafford,” luahnya.

Man United akan bertemu Man City dalam perlawanan akhir Piala FA di Emirates pada 3 Jun depan, sekali gus membawa misi menghalang musuh setempatnya itu melakar gelaran treble yang pernah dimenangi Red Devils pada 1999.

Pada tahun tersebut, Man United di bawah kendalian Sir Alex Fergusan memenangi gelaran liga, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Kini, Man City yang dikemudi Pep Guardiola berpeluang menjadi pasukan kedua di England melakar kejayaan sama selepas memenangi gelaran juara liga dan perlu berdepan Man United pada final Piala FA dan Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 11 Jun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Derbi Nusantara kembali’, Harimau Muda diundi bersama Indonesia, Timor-Lesta di Piala AFF B-23 2023 – Sukan

Next Post

Kontrak tamat di Kuwait, Perak FC antara kelab Liga Super berebut khidmat bekas bintang buangan Kedah – Sukan

Related Posts