[VIDEO] Madame Pang tawar bonus RM1 juta buat Thailand harungi kelayakan Piala Dunia – Sukan


PASUKAN kebangsaan Thailand pastinya sudah menyusun skuad terbaik untuk memulakan kempen kelayakan mereka untuk Piala Dunia 2026 menentang China di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Khamis ini.

Pada sesi latihan terakhir skuad kendalian Mano Polking itu disempurnakan oleh pengurus pasukan Gajah Perang, Nualphan Lamsam atau Madame Pang yang datang secara peribadi untuk memberi galakan kepada kakitangan, jurulatih dan pemain.

“Suasana dan semangat dalam pasukan ketika ini sangat baik kerana saya percaya semua orang sudah tahu tugas dan tanggungjawab mereka. Dalam aksi kelayakan Piala Dunia, semua orang mahu bermain dan mahu membuktikan diri. Sudah tentu, dua perlawanan pertama adalah sangat penting.

“Jika kita bermula dengan baik Ia akan menjejaskan keyakinan pada perlawanan seterusnya. Terutamanya perlawanan pertama yang akan bertemu China. Kita tidak boleh kalah dan berharap dapat mengambil kesempatan. Mengumpul tiga mata pertama bukanlah mudah,” katanya memetik laporan dari Siamsport.

Kunjungan Madame Pang ke sesi latihan Thailand itu juga memberitahu bahawa akan memberi kira-kira 10 juta baht (RM1.3 juta) kepada pemain dan kakitangan pasukan Gajah Perang sekiranya mereka berhasil mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

Tidak cukup dengan bonus RM1.3 juta itu, pengurus pasukan Thailand berkenaan juga menyatakan hasrat untuk menawarkan sejuta baht (RM131,000) kepada semua pemain dan kakitangan skuad sekiranya Thailand berjaya mengutip mata dalam pusingan kelayakan.

Berdasarkan pengamal media Thailand, Ta Lao mendedahkan bahawa skuad Thailand akan mendapat 3 juta baht (RM394,000) jika menang dan 1 baht (RM131,000) jika memperoleh keputusan seri ke atas pihak lawan dalam saingan Kumpulan C.

Pasukan kebangsaan Thailand, bersiap sedia untuk bertemu China di laman sendiri dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 pada Khamis dan diikuti dengan lawatan ke Singapura pada 21 November 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Aksi Endrick tergolek dalam sesi latihan bersama bek tengah Arsenal cetus tanda tanya – Sukan

Next Post

Kesebelasan HM vs Republik Krgyz 2018: Di mana mereka sekarang? – Sukan

Related Posts