[VIDEO] Lepas curi satu mata, Klopp jadi tembok halang Nunez ‘serang’ Pep – Sukan


MANCHESTER City terpaksa berkongsi satu mata dengan Liverpool selepas mengalami keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, Manchester pada Sabtu.

Jaringan menerusi bek kanan The Reds, Trent Alexander-Arnold pada minit ke-80 sudah cukup buat Liverpool mendapatkan satu mata berharga dan mensia-siakan gol pendahuluan City yang dihasilkan penyerang berbisa, Erling Haaland.

Selain daripada pertembungan sengit tersebut, momen pertengkaran antara penyerang Liverpool, Nunez dengan pengendali City, Pep Guardiola selepas wisel penamat berbunyi menjadi salah satu perkara yang paling penting dalam perlawanan berkenaan.

Dua individu itu dilihat berjabat tangan sebelum Nunez kelihatan meluahkan kemarahannya terhadap sesuatu yang seolah-olah ada perkara dilakukan atau diperkatakan oleh pengendali kelahiran Sepanyol berkenaan.

Mengelak pergaduhan semakin berpanjangan, Jurgen Klopp terpaksa campur tangan untuk menarik penyerangnya daripada bertentang mata dengan Guardiola ketika itu.

Guardiola ditanya secara langsung mengenai insiden itu selepas perlawanan di Sky Sports, bekas pengendali Barcelona menafikan ada pertelingkahan berlaku antaranya dengan Nunez.

“Tiada apa-apa yang berlaku. Dia lebih kuat daripada saya! Tidak ada masalah,” katanya ketika ditanya mengenai insiden dengan pemain antarabangsa Uruguay itu dalam sidang akhbar selepas perlawanannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Berdepan Penang nampak senang tapi susah — Fandi Ahmad – Sukan

Next Post

[VIDEO] Muka fans Selangor berdarah, kereta penyokong jadi mangsa El Clasico kedua di MBPJ – Sukan

Related Posts