[VIDEO] Kesilapan ‘pelik’ minit akhir penjaga gol buat satu stadium bergema – Sukan


NIAT untuk melambat-lambatkan perlawanan bertukar tragis apabila penjaga gol Wycombe Wanderers FC, Max Stryjek terlepas bola dari tangannya pada minit akhir permainan, sekali gus menyumbang kepada kekalahan kelabnya.

Insiden itu berlaku dalam perlawanan di antara Barnsley FC menentang Wycombe Wanderers FC apabila tuan rumah menjaringkan gol pada minit akhir permainan menerusi Sam Cosgrove (Barnsley) pada Rabu.

Sebelum pengadil meniupkan wisel penamat, Cosgrove meluru ke arah Stryjek yang melambatkan permainan untuk melakukan sepakan walaupun sudah diberi amaran.

Mahu permainan dimulakan dengan cepat Cosgrove meluru dan melanggar Stryjek sehingga menyebabkan bola terlepas daripada dakapan penjaga gol itu.

Tanpa sebarang tekanan penyerang berusia 26 tahun itu mudah menolak bola ke dalam gawang gol lawan dan meraikannya di hadapan penyokong sendiri.

Ia sekali gus memberikan tiga mata penuh buat Barnsley selepas terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit permainan.

Jaringan itu ternyata mengejutkan seluruh penyokong serta pundit bertugas apabila kesilapan Stryjek itu menghukum pasukannya untuk mencuri satu mata di tempat lawan.

Malah kesilapan penjaga gol itu turut menyebabkan orang ramai bersimpati dengan Wycombe Wanderers FC yang terpaksa menempuh perjalanan enam jam untuk ke stadium lawan.

“Barnsley menjaringkan gol ini menentang Wycombe untuk memenangi perlawanan, kalau jadi dalam Football Manager saya rasa laptop saya dah keluar tingkap,” kata Out of Context Football Manager.

“Penyokong Wycombe mesti marah sebab kalah macam ini, enam jam untuk ke Barnsley dan tewas pada minit ke-91 permainan,” ujar Football Away Days.

“Barnsley menang pada minit ke-91 permainan, saya tak pernah tengok perlawanan macam ini,” jelas The72-We Love the #EFL. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Kapten Marvel era 90-an seru penyokong Sang Kenari bantu KDA FC padam misi Asia Selangor – Sukan

Next Post

[VIDEO] Tak pernah terfikir, Faiz Subri pernah lebih hebat daripada Messi, Neymar – Sukan

Related Posts