[VIDEO] Kelibat bekas import Selangor FC main dengan pasukan ‘bapa-bapa’ ubat kerinduan ramai – Sukan


ANUGERAH Kasut Emas merupakan pencapaian tertinggi buat seorang penyerang kerana ia akan membuktikan ketajaman mereka di hadapan pintu gol lawan.

Dalam kancah bola sepak tempatan pula, anugerah tersebut kerap menjadi penanda aras akan kualiti seseorang pemain dalam kesungguhan mereka membantu pasukan sendiri.

Antara nama-nama yang sukar untuk dilupakan dalam muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super ialah penyerang kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe.

Selepas berkelana beberapa tahun di Amerika Syarikat dan Timur Tengah, pemain bertubuh kecil itu memilih untuk melebarkan sayap kariernya di arena bola sepak tempatan.

Jadi, dengan Terengganu FA ketika itu cuba untuk mendapatkan khidmat penyerang, Forkey Doe dibawa masuk bagi membantu menajamkan lagi jentera serangan pasukan.

Pelaburan itu dilihat sememangnya membuahkan hasil apabila dia tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan nilainya buat pasukan apabila membawa pulang Anugerah Kasut Emas Liga Super 2012.

Meskipun dia berkongsi pencapaian itu dengan penyerang Negeri Sembilan FA, Jean-Emmanuel Effa Owana, 15 gol dalam 20 penampilan perlu dianggap sebagai sesuatu yang membanggakan.

Namun, pencapaian tersebut gagal untuk menambat hati pihak pengurusan apabila dia memilih untuk berkelana ke Selangor FA sebelum menyertai beberapa pasukan lain Liga Malaysia.

Kelibat pemain itu pastinya dirindui penyokong tegar bola sepak tanah air apatah lagi dengan Forkey Doe kini hilang dari radar.

Tetapi dalam media sosial, tular video kelibat pemain berusia 37 tahun itu sedang memanaskan badan sambil mendengar ‘pep talk’ daripada seorang indivdiu dipercayai sebelum memulakan perlawanan.

Apa yang lebih menarik, Forkey Doe dilihat beraksi bersama pemain-pemain yang boleh dikatakan status bapa-bapa dengan mengenakan jersi berwarna merah jambu.

Video yang dikongsikan dalam media sosial itu sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan penyokong-penyokong Liga M yang mahu melihat aksinya beraksi semula.

Pasukan yang diwakili oleh Forke Doe itu dipercayai Trinity FC iaitu sebuah pasukan amatur yang berada di sekitar Lembah Klang.

Kali terakhir dia beraksi secara kompetitif pada tahun lepas bersama Imigresen FC yang berada dalam Liga M3 kerana sukar untuk berpisah dengan sukan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Piala MFL: Kecergasan Ubai, Syahmi jadi tanda tanya tapi Hai-O tetap tenang hadapi JDT II – Sukan

Next Post

[VIDEO] Misi Piala Asia/Dunia bermula, Akyhar, Syihan pinta ekor Harimau Malaya penuhkan SNBJ – Sukan

Related Posts