[VIDEO] Kekalahan Man United dihiasi larian bendera Palestin – Sukan


PERLAWANAN penentu nasib Manchester United dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang FC Copenhagen dicemari dengan insiden penyokong membawa bendera Palestin di dalam padang semasa perlawanan sedang berlangsung.

Ketika itu, United mendahului perlawanan 1-0 selepas Ramus Hojlund membuka jaringan seawal minit ketiga permainan.

Enam minit kemudian, pengadil secara tiba-tiba terpaksa menghentikan perlawanan kerana salah seorang penyokong berlari dalam padang sehingga mengganggu permainan.

Lensa kamera sempat merakamkan insiden tersebut yang mana penyokong itu membawa bendera terteranya tulisan ‘bebas Palestin’.

Bukan itu sahaja, tulisan pada bendera itu turut tertulis perkataan ‘hentikan pembunuhan terhadap kanak-kanak Gaza’ dan ‘bangun bersama-sama’.

Menerusi video yang tular dalam media sosial, penyokong tersebut berlari-lari di dalam padang sambil diperhatikan oleh pengawal keselamatan.

Selepas lebih tiga minit berada di atas padang, beberapa pengawal keselamatan berjaya menangkap penyokong itu dan membawanya keluar daripada kawasan padang.

Dalam perlawanan itu, United berada di ambang tersingkir awal daripada UCL selepas mensia-siakan pendahuluan 2-0 sebelum tumpas 3-4 di tangan FC Copenhagen awal pagi Khamis ketika Marcus Rashford dibuang padang di ibu negara Denmark.

Rasmus Hojlund kelihatan mencetuskan mimpi ngeri bekas kelabnya apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh setengah jam.

Namun selepas Rashford dibuang padang nasib United semakin buruk apabila mereka mengalami kekalahan ketiga dalam empat perlawanan Kumpulan A.

Mohamed Elyounoussi dan Diogo Goncalves menyamakan kedudukan buat Copenhagen sebelum rehat.

Penalti Bruno Fernandes meletakkan United kembali di depan namun dua gol dalam tempoh tujuh minit terakhir menerusi Lukas Lerager dan pemain berusia 17 tahun, Roony Bardghji membantu kemenangan pertama Copenhagen dalam Liga Juara-Juara sejak tahun 2016.

United merudum ke tangga tercorot kumpulan itu, satu mata di belakang Galatasaray dan Copenhagen, dengan berbaki dua perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Pernah tercalon sarung jersi HM, 4 tahun lalu bekas bintang UKM FC tarik perhatian media Indonesia – Sukan

Next Post

Kemenangan JDT, TFC bantu Malaysia pintas Australia – Sukan

Related Posts