[VIDEO] ‘Kalau JDT ada Arif Aiman, Selangor pula ada Phil Foden Malaysia’ – Sukan


PEMAIN Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia 2022, Arif Aiman Hanapi merupakan satu rahmat buat bola sepak negara selepas dia tampil cemerlang dengan konsisten sejak penampilan ‘debut’ bersama Johor Darul Takzim (JDT) pada 2020.

Ketika itu, Arif Aiman yang hanya berusia 17 tahun membuat penampilan sulung dalam skuad senior ketika perlawanan Liga Super antara JDT dan Felda United di Stadium Sultan Ibrahim pada 14 Mac 2020.

Sejak daripada itu, permata negara itu tidak lagi menoleh ke belakang selepas mencipta pelbagai sejarah dan meletakkan namanya bersama barisan-barisan bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Neymar da Silva dalam kejohanan tertinggi Asia iaitu Asian Champions League (ACL).

Sejak musim lalu, sudah ada pencari-pencari bakat mula mengesan keistimewaan yang ada pada Arif Aiman malah berminat untuk membawanya ke pasaran Eropah.

Tetapi dengan fasiliti serta penjagaan yang begitu baik oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) terhadap pemain-pemain JDT pastinya akan membuatkan MVP Liga Super musim lalu itu memikirkan perkara tersebut dua kali.

Haykal Danish antara prospek masa depan buat Selangor FC.

Dengan perkembangan teknologi sains sukan dalam negara kita, pastinya akan ada pemain yang mengikuti jejak langkah Arif Aiman seperti dikongsikan oleh Onefootball.my dalam laman X baru-baru ini.

Pemain yang disebut-disebut dalam hantaran Onefootball.my ialah Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon kini beraksi dengan Selangor FC II dalam kejohanan Piala MFL.

Menurut hantaran tersebut, corak permainan Haykal Danish disamakan dengan duo bintang England iaitu Cole Palmer dan Phil Foden.

“Sebenarnya Malaysia sudah ada pemain yang gaya permainanya mirip Phil Foden dan Cole Palmer.

“Jenis badan kecil dan menggunakan IQ bola sepak yang tinggi, cuma cepat atau lambat.

Harap 2024, Selangor beri peluang kepada Haykal Danish beraksi bersama pasukan utama,” ciapnya dalam X.

Untuk info, Haykal antara individu yang membantu skuad muda negara memenangi saingan Piala AFF B-19 tahun yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada tahun lalu.

Pada saingan Piala AFF B-19 tahun, Haykal menyumbang satu gol ketika pasukan negara menewaskan Vietnam di peringkat separuh akhir dengan keputusan 3-0 sekaligus mara ke pentas final bertemu dengan pasukan Laos.

Meskipun sering dijadikan sebagai ‘super sub’ oleh ketua jurulatih, Hassan Sazali Waras, namun pemain berusia 18 tahun itu sentiasa memberikan impak positif untuk pasukan negara apabila dimasukkan dengan gerakan pantas dan juga kawalan bola yang sangat baik.

Bersama Gergasi Merah musim ini, pemain kelahiran Meru, Klang, Selangor diberi peluang beraksi untuk skuad utama ketika bertemu PSIS Semarang dalam satu perlawanan persahabatan pada September lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Waspada ancaman Ernist Batyrkanov, jangan lupa bekas bintang Kedah juga pernah hampakan HM ketika masih beraksi dalam Liga M – Sukan

Next Post

KPG mahu jadikan Malaysia sebagai antara 18 pasukan terbaik Asia – Sukan

Related Posts