[VIDEO] Juventus, Inter Milan beri ‘tribute’ buat anak syurga syahid di bumi Palestin – Sukan


KONFLIK berterusan antara Israel dan Palestin telah menyaksikan beribu-ribu orang awam kehilangan nyawa mereka.

Ketika konflik tersebut semakin melarat, pemain-pemain bola sepak turut tidak ketinggalan untuk memberikan pendapat masing-masing menerusi platform media sosial.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian video di Twitter menyaksikan kelab gergasi Itali, Juventus dan Inter Milan seolah-olah memberi mesej tersirat kepada dunia mengenai simbol luka di pipi setiap pemain pasukan tersebut.

Reem sayang… Satu dunia mengenalimu wahai anak syurga, berbahagia la di sana…

Kredit: Twitter#majoriti pic.twitter.com/B9nzLvPCgN

— Majoriti (@majoritionline) December 1, 2023

Dalam video tersebut, ketika perlawanan sedang berlangsung, kedua-dua pasukan memiliki persamaan iaitu mempunyai simbol luka yang terdapat di pipi mereka.

Difahamkan, simbol luka di pipi merujuk kepada seorang kanak-kanak perempuan bernama Reem yang terbunuh akibat serangan udara Israel.

Reem yang berusia tiga tahun itu sebelum ini tinggal bersama datuknya, Khaled Nabhan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan kedua-dua kelab bola sepak itu untuk memberikan kesedaran isu global yang sedang berlaku di Gaza. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Bukan sahaja fans, bekas import Brazil juga tak sabar aksi getir Selangor-KDA FC – Sukan

Next Post

[VIDEO] Ronaldo bagi ‘flying kiss’ lepas satu stadium sorak nama Messi – Sukan

Related Posts