[VIDEO] Jurulatih PSM Makassar lelong baju, trofi untuk bayar gaji staf – Sukan


MASALAH kewangan yang dihadapi kelab Liga 1 Indonesia, PSM Makassar kini menerima tumpuan lebih meluas selepas pengendalinya, Bernardo Tavares melelong dua barangan peribadinya.

Kejadian berkenaan berlaku selepas satu sesi sidang media pada Khamis menjelang aksi liga menentang Barito Putera di laman sendiri.

Namun, selepas sesi berkenaan tamat, jurulatih kelahiran Portugal itu mengeluarkan sehelai baju berjenama serta sebuah trofi Anugerah Pengendali Terbaik di negara berkenaan.

“Seperti yang anda semua ketahui, kita sedang menghadapi isu ketika ini. Terdapat beberapa barangan di sini yang boleh anda berikan tawaran.

“Kami akan memberikan wang daripada hasil jualan kepada kakitangan untuk membuktikan kepada mereka bahawa kami akan saling bantu-membantu,” katanya.

Berdasarkan laporan media Indonesia, baju yang dilelong itu merupakan pakaian yang dikenakannya ketika PSM Makassar menjulang trofi Liga 1 Indonesia musim lalu.

Selain itu, Tavares turut mengatakan pembeli akan menerima tiket yang membolehkan mereka berada di tempat duduk khas untuk aksi berdepan Madura United.

Kejayaan skuad Juku Eja musim lalu tidak memberikan satu perbezaan ketara buat pasukan berkenaan apabila mereka masih gagal mengukuhkan struktur kewangan mereka.

Meskipun sudah melayakkan diri ke saingan Piala AFC, situasi berkaitan kekurangan penyokong ke stadium sendiri juga tidak berubah.

PSM Makassar diundi di samping kelab Liga Super, Sabah FC serta pasukan dari Singapura, Hougang United dan Hai Phong FC dari Vietnam untuk pertandingan peringkat Asia itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dalam setandan tak semuanya busuk, pakar pilih ubi Selangor & JDT paling menyerlah bersama Harimau Muda – Sukan

Next Post

[VIDEO] Dion Cools ‘diayamkan’ dalam video ‘throwback’ bintang EPL bersama Belanda – Sukan

Related Posts