[VIDEO] JDT kalah di padang tapi berjaya tawan hati fans Kawasaki Frontale – Sukan


JOHOR Darul Takzim (JDT) mungkin mengharungi detik yang sukar di Jepun apabila mereka kalah kepada Kawasaki Frontale.

Harimau Selatan tumpas kepada Kawasaki dengan keputusan 0-5 untuk membuatkan mereka kini sebelah kaki terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Namun mereka masih mempunyai peluang untuk mara seandainya berjaya menang ke atas BG Pathum United dalam aksi terakhir sementara Ulsan Hyundai menumbangkan Kawasaki.

Di padang, JDT nyata diberikan pendidikan bola sepak yang berkelas tinggi daripada Kawasaki apabila Harimau Selatan gagal untuk bersaing dan menguasai bahagian tengah.

Namun di luar padang, JDT tetap diaraikan sebagai antara pasukan terbaik Asia oleh para penyokong Kawasaki.

Di Twitter (X), tular sebuah video hasil perkongsian oleh penyokong bernama Ali Fazlee mengatakan JDT mempunyai penyokongnya yang tersendiri di Jepun.

Menurut Ali, penyokong JDT yang berada di Jepun bukan saja datang menyaksikan Harimau Selatan beraksi, tetapi turut membantu menyiapkan kain rentang (banner) untuk perlawanan menentang Kawasaki.

“Yang seronoknya, orang Jepun ramai minat JDT. Malah mereka ada usaha buatkan kain rentang untuk JDT dan Boys of Straits. Gila mat! Jepun, kami akan merindukan anda!,” kata Ali.

Tunku Mahkota Johor turut berada di Jepun menyaksikan aksi JDT bertemu Kawasaki Frontale. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Terdapat sebilangan kecil penyokong JDT yang terbang ke Jepun untuk menyaksikan perlawanan bertemu Kawasaki ini. Seperti ketika pertemuan bertemu BG Pathum dan Ulsan, sokongan oleh penyokong-penyokong Harimau Selatan masih lagi ada bersama mereka.

Persembahan yang ditonjolkan oleh para pemain mungkin tidak dapat menyamai komitmen penyokong JDT yang turut bersama mereka di padang. Oleh itu, para pemain seolah ‘berhutang’ satu kemenangan dengan penyokong mereka sendiri.

Pastinya, kemenangan akan cuba diraih JDT dalam misi untuk layak ke pusingan kalah mati menerusi penentuan pada hari terakhir peringkat kumpulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tomi ‘demand’ bintang TFC tunjuk taring, pastikan slot ke kalah mati tercapai – Sukan

Next Post

Gagal bawa HM ke separuh akhir Piala AFF, TMJ pernah desak FAM gugurkan OKS – Sukan

Related Posts