[VIDEO] Jambu tukar kereta setiap hari, Nazmi dan Akhyar ‘obses’ cermin – Sukan


DALAM sesebuah pasukan bola sepak, setiap pemain mempunyai perwatakan yang berbeza-beza.

Walaupun begitu, mereka tetap boleh bekerjasama antara sesama sendiri dan mencipta satu ikatan yang baik sebagai sahabat handai.

Di Johor Darul Takzim (JDT) juga tidak terkecuali, semangat kekitaan dalam skuad buatkan pemain-pemain Harimau Selatan mampu beraksi cemerlang saban minggu sambil disokong dengan kerja keras sewaktu latihan.

Umum mengetahui persaingan begitu sengit di JDT untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, oleh itu usaha lebih perlu dilakukan supaya jurulatih boleh memberikan mereka peluang beraksi.

Itulah yang dilakukan oleh dua pemain di JDT yang menurut La’Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies sering melakukan latihan tambahan setiap selepas sesi latihan sebenar berakhir.

Dua pemain tersebut adalah Nazmi Faiz dan juga Syamer Kutty Abba. Mereka menganggap kedua-dua pemain tengah ini adalah pemain paling rajin dalam skuad JDT.

“Yang sering melakukan latihan tambahan selepas sesi latihan, saya rasa mungkin Nazmi Faiz. Dia selalu melakukan latihan tambahan.

“Atau mungkin Syamer Kutty Abba, Syamer amat sukakan bola sepak,” kata Davies.

Nazmi dalam pada itu turut dilabel sebagai pemain yang kerap menghabiskan masa di depan cermin dengan dia dikatakan sering membawa pengering rambut kemana-mana.

“Kami ada beberapa pemain, tetapi saya akan katakan Akhyar sentiasa berada di depan cermin. Juga Nazmi, sentiasa memasang pengering rambut,” kongsinya.

Nazmi tidak jemu melakukan latihan tambahan selepas sesi latihan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Dalam masa yang sama, Corbin-Ong turut menamakan empat pemain paling pantas dalam skuad JDT dan akan memenangi acara larian pecut 100 meter.

Apa yang mengejutkan, terdapat seorang pemain pertahanan tengah berjaya memasuki senarai Corbin-Ong ini.

“100 meter sangat jauh daripada anda berlari pecut dalam bola sepak. Kalau dalam bola sepak, ia ibarat berlari dari hujung ke hujung padang.

“Saya rasa ada empat pemain. Empat tersebut adalah Arif Aiman, Feroz Baharudin, (Mo) Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies,” ujar Corbin-Ong

Selain itu, mereka turut menamakan Bergson da Silva sebagai pemain paling hebat menari dan juga Afiq Fazail yang dikatakan sering bertukar-tukar kereta setiap hari ke sesi latihan.

Bergson adalah pemain paling gemar menari dalam kalangan bintang JDT. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Ibaratnya, Afiq atau nama panggilannya Jambu dianggap mempunyai 15 jenis kereta dan kerana itu pemain tersebut sering bergilir-gilir membawa kenderaan berbeza ke Padang Seri Gelam.

Selain Afiq, mereka turut menamakan beberapa pemain JDT lain antaranya Haziq Nadzli (penjaga gol), Syahmi Safari, S. Kunanlan, Ramadhan Saifullah, Nazmi Faiz dan Juan Muniz sebagai pemain yang memandu kereta hebat ke sesi latihan.

“Yang pasti bukan kami berdua. Club cars for life (kereta milik kelab sepanjang hayat),” kata Corbin dan Davies lagi.

JDT akan mewakili Malaysia sekali lagi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC dan mereka akan menentang Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai serta BG Pathum United. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Paulo Josue idam gol lagi bersama HM, Azam Azih makin ‘ngam’ corak latihan KPG – Sukan

Next Post

‘Ramai tak tahu proses dan harap ‘result’ segera’, Elavarasan pertahan ada barisan terbaik cabar slot ke Piala Asia B23 – Sukan

Related Posts