[VIDEO] Ingatkan peminat misteri nak bergambar, tiba-tiba bagi ‘sesuatu’ kat penyerang HM – Sukan


BEKAS penyerang Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Hadi Fayyadh Abd Razak memulakan kariernya bersama Perak FC dengan langkah kiri apabila dia terus bergelut setakat separuh musim.

Selepas menimba pengalaman di Jepun untuk hampir tiga tahun, pemain berusia 23 tahun itu seperti gagal menunjukkan taringnya bersama skuad The Bos Gaurus (TBG).

Dalam 11 penampilan Liga Super yang dicatatkan, Hadi hanya merekodkan dua bantuan jaringan tanpa sebarang gol peribadi diperolehinya.

Catatan tersebut jelas menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong yang pada awalnya meletakkan harapan tinggi terhadapnya.

Hal itu seperti turut dirasai pihak pengurusan Perak FC yang memilih untuk meletakkannya dalam skuad Piala MFL dalam usaha mereka untuk menghidupkan semula kariernya yang sedikit longlai.

Hadi kini dalam usaha mendapatkan semula rentaknya bersama skuad Piala MFL Perak FC. — Facebook/Perak FC

Langkah berkenaan dilihat hampir membuahkan hasil memandangkan graduan akademi Johor Darul Takzim (JDT) itu sudah meraih satu gol ketika berdepan Selangor FC II pada 22 Jun.

Tidak cukup dengan itu, rentak permainannya juga sudah bertambah baik dengan dia dikatakan lebih berani untuk mencabar serta merampas bola daripada penguasaan pihak lawan.

Perubahan terbabit jelas mencuri perhatian penyokong skuad TBG yang semakin tertarik dengan peningkatan konsisten Hadi berbanding awal musim dahulu.

Ia dapat disaksikan dalam satu video yang tular baru-baru ini menampilkan seorang penyokong bola sepak tanah air sempat bertemu Hadi ketika pemain berkenaan sedang meluangkan masanya.

Dalam video berdurasi 10 saat itu, penyerang tinggi lampai berkenaan dilihat sedang memegang bungkusan makanan yang dibelinya sambil direkod individu tidak dikenali itu.

“Jiwa nak menang tu kena ada,” kata penyokong berkenaan yang jelas disenangi Hadi apabila dia hanya tersenyum sepanjang video terbabit direkodkan.

Ketika ini, skuad TBG dilihat masih tidak memberi kepercayaan terhadap penyerang kelahiran Kuala Lumpur itu untuk kembali mengemudi jentera serangan skuad senior.

Namun, situasi berkenaan masih boleh berubah sekiranya Hadi mempamerkan semangat selain menajamkan lagi deria penyudahnya di hadapan pintu gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan JDT atau PDRM tapi Sri Pahang team paling menyakitkan hati lawan – Sukan

Next Post

Seakan ‘hint’ kembali ke bumi Darul Iman, cuma Pahang dilihat destinasi terbaik Sanjar – Sukan

Related Posts