[VIDEO] ‘Ibarat beri kereta kepada monyet’, TMJ berang Arif Aiman tidak diberi penalti – Sukan


KEKALAHAN Johor Darul Takzim (JDT) ke atas Kawasaki Frontale dalam aksi pertama peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) 2023/24 sesuatu yang boleh dibanggakan oleh semua penyokong bola sepak tanah air.

Ia selepas Harimau Selatan hanya tewas dengan keputusan 0-1 menerusi sepakan gunting pemain import Kawasaki, Marcio Augusto dalam keadaan gawang terbuka luas hasil kesilapan Syihan Hazmi yang terkeluar daripada posisinya.

Meskipun begitu, perlawanan tersebut dicemari dengan beberapa insiden yang boleh dipertikai oleh penyokong terhadap keputusan pengadil perlawanan.

Perlawanan di antara JDT dan Kawasaki itu diadili oleh pengadil Qatar, Abdulrahman Al-Jassim yang banyak menimbulkan tanda tanya ke atas beberapa keputusan yang dibuat olehnya.

Arif Aiman ketika dikasari oleh pertahanan Kawasaki, Noborizato.

Pada separuh masa pertama, bintang utama JDT, Arif Aiman Hanapi dikasari oleh pertahanan Kawasaki dalam kotak penalti namun dinafikan oleh Abdulrahman Al-Jassim.

Keputusan pengadil jelas menunjukkan Arif Aiman tidak mendapat layanan yang adil oleh Abdulrahman Al-Jassim selepas pemain sayap JDT itu dijatuhkan untuk kali kedua dalam kotak penalti.

Walaupun pengadil Qatar itu menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk kekasaran yang kedua, Abdulrahman Al-Jassim tetap menafikan keputusan itu dan tidak memberikan sebarang penalti kepada Harimau Selatan.

Keputusan yang dibuat oleh Abdulrahman Al-Jassim ternyata membuatkan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berang dengan tindakan pengadil itu.

Tangkap layar komen TMJ dalam Instagram.

TMJ dalam ruangan komen Instagram, mengulas insiden keputusan VAR selepas Arif Aiman dikasari sebanyak dua kali dalam kotak penalti.

“VAR hanya bagus untuk orang yang bijak menggunakan VAR, tak guna bagi VAR kepada orang tak tahu pakai VAR.

“Ibarat beri kereta kepada monyet,” katanya.

Selepas ini, JDT akan terbang ke Thailand dengan misi mengutip tiga mata penuh menentang BG Pathum United di Stadium Leo, Bangkok pada 3 Oktober nanti.

JDT kini menghuni tangga ketiga dalam Kumpulan I selepas BG Pathum tewas kepada kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai dengan keputusan 3-1 pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekadar menang tipis, Nafuzi akui Sang Kenari ‘berkarat’, sukar tundukkan The Cats – Sukan

Next Post

Umar Osman bakal sertai Azeem Fahmi lebarkan sayap ke Amerika Syarikat – Sukan

Related Posts