[VIDEO] Hanya bergelak ketawa, ‘mindgame’ Brendan Gan terhadap Jordan seakan-akan tidak menjadi – Sukan


KEPULANGAN Harimau Malaya ke saingan Piala Asia sememangnya sesuatu yang cukup dinanti-nantikan penyokong bola sepak tanah air.

Pencapaian itu sedikit sebanyak menunjukkan pasukan negara berada di landasan terbaik untuk terus berjaya pada masa akan datang.

Namun, keghairahan untuk menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon dalam pertandingan yang bakal berlangsung pada Januari 2024 itu seakan-akan terbantut.

Ia kerana hasil undian baru-baru ini meletakkan pasukan negara dalam kumpulan yang cukup getir di samping Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.

Ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai kebolehan tersendiri berdasarkan kedudukan mereka dalam ranking FIFA yang jauh meninggalkan Harimau Malaya.

Tambahan pula, sejarah menunjukkan bahawa kesemua pasukan berkenaan sudah berkali-kali menyertai pertandingan berkenaan dengan Korea Selatan pernah memenanginya sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, di sebalik tekanan yang dirasai peminat bola sepak tempatan itu, pemain Harimau Malaya seperti tidak terlalu risau dengan cabaran berat tersebut.

Noor dan Yazan dijangka akan memperkuatkan skuad kebangsaan Jordan. — Facebook/Selangor FC

Ia berikutan satu video yang tular di media sosial ketika ini menampilkan pemain tengah, Brendan Gan sempat bergurau dengan dua rakan sepasukannya, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab.

Klip yang direkodkan dalam bilik persalinan kawasan latihan Selangor FC itu menunjukkan kapten skuad Gergasi Merah itu memberikan mesej kepada dua pemain kebangsaan Jordan itu.

‘Malaysia #1’ dan ‘Malaysia kill Jordan’ merupakan pesanan yang diberikan Brendan dalam usahanya untuk menceriakan suasana dalam bilik persalinan.

Walaupun perkara itu sedikit sebanyak dikatakan sebagai hanya satu ‘usikan’, ia seperti tidak memberi kesan kepada mentaliti mereka memandangkan mereka hanya gelak dan tersenyum dengan kelakuan rakan sepasukannya itu.

Noor dan Yazan merupakan dua tonggak pasukan Timur Tengah itu dengan kehadiran mereka membantu Jordan layak ke Piala Asia untuk empat edisi berturut-turut.

Berdasarkan rekod, Yazan sudah mewakili negara kelahirannya sebanyak 43 kali sementara Noor hanya menyarung jersi pasukan itu sebanyak 32 kali.

Sementara itu, Brendan Gan juga dijangka akan diberikan peluang untuk membarisi skuad kebangsaan dalam kejohanan itu memandangkan dia sudah menjadi tonggak Harimau Malaya sejak 2016. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lepas mudah jinakkan Thailand ke final, skuad hoki negara fokus 2 perlawanan terakhir – Sukan

Next Post

Liga M hanya setaraf divisyen keempat England, tapi selari dengan kelab Ronaldo – Sukan

Related Posts