[VIDEO] Gol luar biasa bintang Besiktas hiasi derbi liga Turkiye – Sukan


PEMAIN Kosovar Besiktas, Donjeta Halilaj, mengejutkan derbi Turki, Fenerbahçe dengan mencetak gol luar biasa ketika perlawanan yang berlangsung pada Isnin.

Aksi Halilaj yang dilihat mengambil bola dari tangan penjaga gol sempat mencuri tumpuan warga maya.

Menerusi satu rakaman video, penyerang berusia 23 tahun itu dilihat berjaya mencuri bola dari tangan penjaga gol kemudian menjaringkan gol yang akhirnya diterima oleh pengadil perlawanan.

Dalam video tersebut, ketika penjaga gol Fenerbahce mahu membuat hantaran kepada rakan sepasukan sambil memegang bola tersebut, Halilaj yang tiba-tiba muncul dari belakang terus menanduk bola tersebut menggunakan kepalanya lalu membuat rembatan menuju ke pintu gawang lawan.

Fenerbahce yang mendahului dengan keputusan 3-1 itu terpaksa akur dengan keputusan pengadil apabila dibolosi oleh gol pelik itu pada minit-minit akhir.

Malah, kelihatan beberapa pemain Fenerbahce dilihat membuat bantahan berikutan gol pelik itu, pengadil bagaimanapun mengekalkan keputusan itu selain melayangkan kad kuning kepada pasukan tersebut.

Meskipun pengadil membenarkan jaringan tersebut, Fenerbahce bagaimanapun berjaya menewaskan Besiktas dengan keputusan akhir 3-2. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Demi ibu, Ailton Silva sah tinggalkan Kelantan United – Sukan

Next Post

[VIDEO] Impian jadi pemain bola hancur dibedil Israel, budak lelaki Palestin terharu Yassine Bounou telefon – Sukan

Related Posts