[VIDEO] ‘Gembira dalam duka’, van KL City terlibat dalam kemalangan dengan treler di Terengganu – Sukan


DI sebalik kegembiraan penyokong-penyokong Kuala Lumpur City FC meraikan kejayaan anak-anak buah Bojan Hodak berjaya melangkah ke pentas akhir Piala FA 2023 pada Ahad, berlaku satu insiden kemalangan membabitkan kru skuad Warga Kota.

Dalam kejadian itu, ia melibatkan kenderaan milik KL City dipercayai van kitman yang dikatakan mengalami pelanggaran dengan sebuah lori treler di Bukit Besi, Terengganu pada awal pagi Isnin.

Menerusi perkongsian video oleh Mimie Harun dalam media sosial, kejadian itu dipercayai berlaku selepas perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu dan KL City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Difahamkan terdapat dua individu yang menaiki van tersebut iaitu kitman KL City, Shahrul Mizan dan doktor pasukan, Mohd Adzlan Mohd Amin.

Difahamkan juga, doktor pasukan terbabit mengalami kecederaan serius apabila kakinya patah, manakala kitman KL City hanya cedera ringan.

Belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan pengurusan KL City setakat ini berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bengang dengan Mat Don, Sang Penyu bakal bawa masuk bekas tonggak TRW dari Australia – Sukan

Next Post

Bojan: Genius bila menang, badut bila kalah — ini adat dunia – Sukan

Related Posts