[VIDEO] Gara-gara ejek penyerang Jeonbuk Hyundai, fans LCS mahu penjaga gol mohon maaf – Sukan


GARA-GARA mengejek secara melampau penyerang Jeonbuk Hyundai Motors FC, Gustavo Henrique da Silva Sousa kerana tidak berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

Penyokong Singapura menerusi laman Instagram, @Tmsg01 memohon penjaga gol Lions City Sailors (LCS), Zharfan Rohaizad untuk meminta maaf kepada penyerang kelahiran Brazil itu.

Dalam perlawanan itu, Jeonbuk di hadiahkan sepakan penalti oleh pengadil lewat hujung permainan selepas bola terkena tangan pertahanan LCS.

Jeonbuk yang ketinggalan 0-2 di tangan LCS itu memerlukan jaringan penalti tersebut untuk meningkatkan moral pemain-pemain dari kelab Korea Selatan tersebut.

Namun Gustavo gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut selepas merembat bola dengan kuat melepasi palang penjaga gol tuan rumah.

Selepas rembatan deras itu, Gustavo kelihatan mengalami sedikit kecederaan pada kaki sebelah kanan sambil memegang pehanya akibat kaki tersepak rumput sintetik di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Rabu lalu.

Dengan Gustavo yang mengalami kecederaan itu, Zharfan dilihat mengejek tindakan penyerang Brazil meskipun dia sedang menahan kesakitan.

Pemain-pemain LCS yang lain pula pergi melihat keadaan Gustavo yang terus ke tepi padang sambil memegang pada bahagian peha.

Tetapi tidak semua penyokong senada dengan @Tmsg01 apabila ada yang menyokong tindakan Zharfan untuk mengganggu psikologi pihak lawan.

Dalam perlawanan itu LCS berjaya mengutip tiga mata penuh dengan keputusan 2-0 sekali gus memberi nafas dalam Kumpulan F Liga Juara-Juara Asia (ACL). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 lebih penting daripada Piala Asia Qatar 2023 — Hamidin – Sukan

Next Post

IFC tak hantar permohonan lesen kelab kebangsaan — Yusoff Mahadi – Sukan

Related Posts