[VIDEO] Gara-gara buang masa, pemain ‘cedera’ kena usung lawan keluar dari padang – Sukan


DUA pemain kelab Karsiyaka mencuri tumpuan apabila satu insiden mencuit hati berlaku ketika menentang pasukan Turgutluspor dalam aksi Liga Turkiye Divisyen 3

Aksi dua pemain itu bukan sahaja menjadi bualan penyokong tetapi turut mendapat perhatian pengadil perlawanan.

Menerusi satu rakaman video, kontroversi itu bermula apabila salah seorang pemain Turgutluspor dilihat sedang terbaring di atas padang selepas dipercayai mengalami kecederaan.

Melihat kepada situasi itu, dua pemain Karsiyaka dilihat tidak teragak-agak untuk mengangkat pemain tersebut supaya dibawa ke luar padang bagi tidak mengganggu perlawanan.

Selepas tindakan berani yang dilakukan oleh pasukan Karsiyaka itu, pemain yang cedera tiba-tiba bangun seperti tiada kecederaan yang dialaminya.

Difahamkan, tindakan pemain yang memakai jersi 77 itu dilihat hanya mahu membuang masa berikutan perlawanan sudah menghampiri penghujung kerana keputusan berpihak kepada mereka.

Dalam perlawanan tersebut, Turgutluspor meraih kemenangan dengan keputusan 2-1 berdepan Karsiyaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

CEO Kelantan FC tebalkan muka hadapi kritikan penyokong – Sukan

Next Post

[VIDEO] CR7 tolak penalti, suruh pengadil semak VAR – Sukan

Related Posts