[VIDEO] Gara-gara berebut letak ‘banner’, fans Brazil dan Argentina bercakaran di stadium – Sukan


PERLAWANAN bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan dua gergasi Amerika Selatan iaitu Brazil dan Argentina terpaksa ditangguhkan hampir 30 minit selepas berlaku pergaduhan antara penyokong sebelum sepak mula berlangsung.

Kedua-dua penyokong pasukan bola sepak itu mula bertindak ganas ketika lagu kebangsaan masing-masing sedang dimainkan di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil.

Situasi panas itu memaksa pasukan keselamatan masuk campur untuk menenteramkan keadaan.

Namun situasi terus tidak terkawal hingga menyebabkan barisan pemain-pemain Brazil dan Argentina turut cuba menenteramkan pergaduhan kedua-dua penyokong.

Sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti punca sebenar insiden tersebut, namun laman X @thecasualultra mendakwa kejadian itu berpunca daripada tindakan kedua-dua penyokong berebut untuk meletakkan ‘banner’ masing-masing.

“Semua masalah yang berlaku berpunca daripada tindakan seorang penyokong Brazil menggantungkan ‘banner’ sebelah penyokong Argentina.

“Ia disebabkan ada ‘orang bijak’ (pihak pengurusan stadium) mencampurkan penyokong dua pasukan berbeza dalam satu kawasan sama dalam stadium,” katanya.

Dalam insiden terbabit, ketegangan di antara kedua-dua penyokong itu memaksa pegawai keselamatan terpaksa mengambil tindakan agresif memukul menggunakan cota sehingga ada yang tercedera.

Malah tular di media sosial gambar seorang penyokong Brazil terpaksa dikejarkan ke hospital kesan insiden pergaduhan tersebut.

Kapten Argentina, Lionel Messi antara individu terawal yang menyedari insiden pergaduhan itu sebelum memaklumkannya kepada pegawai keselamatan untuk tindakan susulan.

Messi turut membuat keputusan untuk pergi ke kawasan penyokong bersama rakan sepasukan yang lain bagi membantu mengawal keadaan tersebut meredakan ketegangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Utamakan bakat tempatan, Penang FC beri bayangan tak bergantung khidmat import musim depan – Sukan

Next Post

Gara-gara Malaysia tewaskan negara jiran di Sukan SEA, pelajar Malaysia pernah diugut bunuh – Sukan

Related Posts