[VIDEO] Fans kesan tiada ‘bonding’ antara pemain, mungkin jadi punca prestasi skuad Sang Kenari menurun – Sukan


PRESTASI tidak menentu Kedah Darul Aman FC pada ketika ini sememangnya menjadi bualan para penyokong.

Hal ini kerana, pasukan kesayangan mereka itu dilihat masih belum mendapat rentak walaupun sudah mengharungi 10 aksi perlawanan Liga Super.

Tambahan pula, skuad Sang Kenari itu hanya mampu menduduki tangga kelima Liga Super dengan enam kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan.

Meskipun pasukan tersebut dilengkapi pemain-pemain bintang seperti Lee Tuck, Manuel Ott, dan Manuel Hidalgo, namun pemain-pemain tersebut dilihat tidak memberi impak yang besar dalam pasukan.

Malah penyokong turut berasakan kehadiran penyerang import, Willian Lira juga tidaklah sehebat seperti yang disangkakan walaupun pemain berasal dari Brazil itu sudah mencetak lima jaringan gol buat Kedah.

Terbaharu, seorang penyokong Wandymia mendakwa tiada keserasian dalam kalangan pemain dalam pasukan kendalian Nafuzi Zain itu turut merupakan punca prestasi skuad Hijau Kuning itu semakin menurun sejak kebelakangan ini.

Wandymia berkata demikian selepas melihat video yang dimuat naik dalam Instagram rasmi KDAFC pada Khamis.

Pada ketika ini, pasukan tersebut sedang berada di Langkawi selama beberapa hari untuk menjalani kem pengukuhan pasukan sebelum aksi sepak mula menentang Kelantan FC pada 19 Mei depan.

“Semua gambar dan video yang dimuat naik sejak sampai ke Langkawi, nampak sangat kelompok pemain import dan naturalisasi tidak bercampur dengan pemain tempatan.

“This is not good for team bonding (Ini tidak bagus untuk keserasian pasukan),” tulisnya.

Melalui video tersebut, kelihatan para pemain pasukan tersebut sedang menikmati makan malam bersama.

Namun apa yang menarik perhatian ialah jurang antara pemain import dan tempatan yang duduk di meja makan yang berasingan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tinggal selangkah, impian pemain warisan sarung jersi HM semakin menjadi kenyataan – Sukan

Next Post

Khairul Hafiz, Haiqal Hanafi ‘kongsi’ pingat gangsa acara 100m Sukan SEA 2023 – Sukan

Related Posts