[VIDEO] Enggan hadiah penalti, pengadil nyaris jadi ‘lauk’ kena ligan pemain wanita, jurulatih mengamuk – Sukan


AKSI liga wanita di DR Congo bertukar kecoh apabila pemain dan staf kejurulatihan kelab Motema Pembe bertindak menyerang pengadil perlawanan.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu memaparkan pengadil yang berbaju kuning cuba melarikan diri apabila dikejar hampir keseluruhan pemain di atas padang.

Perlawanan yang diadakan di antara Motema Pembe dan pasukan di tangga keempat liga, TP Mazembe itu terpaksa ditangguhkan berikutan insiden berkenaan.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, kekecohan itu berlaku selepas pengadil enggan memberikan sepakan penalti kepada Motema Pembe.

Menerusi sebuah rakaman berdurasi 29 saat itu, pengadil berkenaan juga dilihat memegang kad merah yang difahamkan hendak dilayangkan sebelum pergelutan itu tercetus.

Selain itu, laporan turut menyebut pemain Motema Pembe berang akan keputusan tersebut terutamanya sedang ketinggalan 1-5 kepada pihak lawan sebelum insiden.

Berikutan kekecohan itu, Persatuan Bolasepak DR Congo (Fecofa) mengambil keputusan menggantung perlawanan tersebut, namun masih tiada laporan mengenai tindakan yang bakal diambil. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Zainal cabar penyerang tempatan jadi lebih prolifik, Safee Sali optimis 4 kelab cabar JDT – Sukan

Next Post

Saya mahu buat yang terbaik  — Aguero – Sukan

Related Posts