[VIDEO] Dulu ejek, kini gadis cilik Maghribi ubah angin minat Ronaldo lepas tonton aksi Al-Nassr – Sukan


PENYOKONG setia bintang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo pernah ‘koyak’ selepas mendengar komen dari seorang kanak-kanak perempuan yang mengejek legenda Portugal itu.

Perkara itu menjadi tular di media sosial selepas tamat aksi kekalahan Portugal di tangan Maghribi dengan keputusan 0-1 dalam saingan suku akhir Piala Dunia 2022.

Dalam video sebelum ini, gadis cilik itu mengundang kemarahan penyokong Ronaldo dengan menggunakan kata-kata sindiran terhadap legenda Real Madrid itu.

“Di mana Ronaldo, dia sedang menangis di dalam kereta dia sekarang, kasihan Ronaldo,” katanya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, gadis cilik itu kembali mencuri tumpuan selepas satu rakaman video memaparkan dia memanggil nama Ronaldo di samping melambai-lambai ke arah bekas bintang Manchester United itu tular di media sosial.

Dalam video tersebut, Ronaldo yang bergerak masuk ke arah bilik persalinan bersama rakan sepasukan Al Nassr bagaimanapun sempat melihat ke arah gadis cilik itu namun hanya membiarkan sahaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tonik Piala Malaysia sandaran Yusri Che Lah jinakkan Sabah FC – Sukan

Next Post

Skrip sama berulang, Wan Kuzain pernah dilema nak pilih Malaysia atau USA sampai sekarang – Sukan

Related Posts