[VIDEO] Bukan sahaja fans, bekas import Brazil juga tak sabar aksi getir Selangor-KDA FC – Sukan


AKSI hangat Liga Super 2023 yang menemukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Selangor FC sudah pasti akan menjadi tumpuan ramai dengan kedua-dua pasukan sedang merebut slot ke pentas Asia.

Perlawanan yang dilihat sengit itu pastinya akan menjadi tumpuan seluruh penyokong bola sepak tanah air yang tidak sabar untuk membanjiri Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

Menjelang pertemuan hangat itu, tidak kurang juga ada peminat yang sanggup melihat kembali rekod-rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini untuk menilai pasukan mana yang berkelebihan meraih tiga mata penting tersebut.

Malah, ada juga yang teruja untuk melihat aksi tersebut berikutan kedua-dua pasukan dibarisi pemain-pemain yang berkualiti.

Dalam pada itu, perlawanan tersebut turut disokong oleh bekas penyerang import berbisa yang pernah beraksi untuk kedua-dua pasukan itu dan seperti tidak sabar menyaksikan aksi tersebut.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pemain kelahiran Brazil, Sandro Mendonca sempat memuat baik satu rakaman video yang memaparkan ketika dia masih bersama kedua-dua pasukan tersebut.

“Ia kini berbeza. Perlawanan Liga Super antara Kedah dan Selangor. Saya pernah mendapat penghormatan bermain untuk dua kelab hebat ini.

“Saya akan siarkan video gol yang saya pernah jaringkan ketika memakai jersi Kedah berdepan Selangor dan kemudian Selangor berdepan Kedah.

“Sila beri komen gol tercantik dan pasukan mana yang akan memenangi perlawanan ini, saya bersyukur kerana pernah bermain untuk kedua-dua kelab tersebut,” tulisnya.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu dianggap penting kerana diibaratkan hidup mati buat kedua-dua pasukan untuk layak ke pentas Asia sekali gus mengiringi Johor Darul Takzim (JDT) musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Penyerang tunjuk lagak buka baju sebelum jaringkan gol mudah – Sukan

Next Post

[VIDEO] Juventus, Inter Milan beri ‘tribute’ buat anak syurga syahid di bumi Palestin – Sukan

Related Posts