[VIDEO] Bruno Fernandes lakar gol cantik tapi CR7 tiba-tiba naik angin – Sukan


PASUKAN bola sepak lelaki kebangsaan Portugal meraikan pencapaian bersejarah setelah layak ke kejohanan Euro 2024 di Jerman dengan merekodkan 10 kemenangan dalam 10 perlawanan kelayakan mereka setakat ini.

Kemenangan 2-0 di tempat sendiri ke atas Iceland di Estadio Jose Alvalade di Lisbon, Portugal pada Isnin menyaksikan pemain Manchester United, Bruno Fernandes dan Ricardo Horta dari Sporting Braga menjaringkan gol kemenangan.

Selain daripada momen bersejarah buat Portugal itu, respons Christiano Ronaldo ketika Fernandes mencetak jaringan pertama untuk pasukannya meraih perhatian penyokong bola sepak dunia sehingga ia tular di media sosial.

Menerusi video tular berkenaan, bintang Al-Nassr dilihat seakan-akan tidak berpuas hati apabila kapten United berkenaan tidak menghantarnya bola dan sebaliknya menjaringkan gol dengan rembatan rendah dari tepi kotak.

Ronaldo il en a pas marre d’être un enculé d’égoïste ???? pic.twitter.com/qAbBrV58am

— masonmountfrenkiedejongmessifanaccount (@mountdejong2119) November 19, 2023

Sejurus cetakan gol dari Fernandes itu, ramai penyokong menterjemahkan bahasa badan bekas bintang Real Madrid berkenaan yang mengangkat tangannya ke atas seakan-akan marah dengan keputusan pemain tengah itu.

Namun, ia mungkin sekadar tanggapan orang ramai dan paling penting apabila kejayaan Portugal dalam pusingan kelayakan ini ialah permulaan yang baik untuk pengurus, Roberto Martinez, yang menggantikan Fernando Santos selepas Portugal tersingkir dari Piala Dunia 2022 pada suku akhir.

Kempen bersejarah Euro 2024 bermula pada Mac dengan kemenangan 4-0 di tempat sendiri ke atas Liechtenstein, diikuti dengan kemenangan ke atas Luxembourg (0-6), Bosnia dan Herzegovina (3-0), Iceland (0-1) dan Slovakia (0-1).

Secara keseluruhan, Portugal menamatkan Kumpulan J di tempat pertama dengan 30 mata, 10 kemenangan dalam 10 perlawanan, 36 gol dijaringkan dan hanya dua bolos. Slovakia, dengan 22 mata, menamatkan saingan di tempat kedua dan mengesahkan baki tempat kelayakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Betul kami ada buat silap” Aladdin Mostafa kata tak salah jadi penyokong tegar tapi ada hadnya – Sukan

Next Post

Demi ibu, Ailton Silva sah tinggalkan Kelantan United – Sukan

Related Posts