[Video] Bola dah tampan kemas, ‘keeper’ buat hal ‘flip’ sampai tak sengaja terajang lawan – Sukan


AKSI penjaga gol dalam Liga Perdana Ethiopia berjaya mengelak kad merah walaupun melakukan aksi berbahaya ke arah pihak lawan mencuri tumpuan penyokong bola sepak.

Menerusi satu rakaman video, perlawanan antara pasukan Saint George dan Bahir Dar Kenema FC dicemari dengan insiden pelik.

Dalam rakaman itu, penjaga gol Bahir Dar, Harriston Hessou yang berjaya menangkap bola daripada lawan tidak teragak-agak mengambil keputusan untuk membuat aksi berbahaya ke arah lawan.

Hessou yang sudah menangkap kemas bola itu tiba-tiba membuat aksi flip seperti gaya kung fu dengan kakinya tanpa senjaga terkena perut lawan.

Berikutan aksi berbahaya itu, pemain lawan dilihat terjatuh dan terbaring di atas padang sambil menahan kesakitan.

Meskipun melakukan aksi berbahaya itu, Hessou berjaya mengelak daripada dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Malah, lebih malang buat skuad Saint George yang diberikan sepakan penalti namun gagal menyempurnakannya dengan baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Cinta’ Bojan, Kevin kembali bertaut di Bandung? – Sukan

Next Post

Liga bola sepak Indonesia lubuk import ‘reject’ Liga M – Sukan

Related Posts