[VIDEO] Bengang tewas di tangan Sevilla, Mourinho lempar pingat kepada penyokong – Sukan


PENGENDALI AS Roma, Jose Mourinho tidak mahu menyimpan pingat peraknya selepas pasukan kendaliannya itu tewas dalam perlawanan akhir Liga Europa UEFA pada Rabu kepada Sevilla.

Mourinho jelas tidak gembira selepas menyaksikan Sevilla menang 4-1 dalam penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 1-1 di Budapest, Hungary.

Pasukan Serie A itu pada awalnya mendahului pada separuh masa pertama di Puskas Arena hasil penyudah yang baik daripada penyerang Argentina, Paulo Dybala.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Roma apabila jaringan sendiri tonggak pertahanan, Gianluca Mancini menyamakan kedudukan Sevilla.

Dalam penentuan sepakan penalti pula, Mancini dan Roger Ibanez kemudian kedua-duanya gagal menyempurnakan dan mengesahkan kekalahan pertama Mourinho dalam perlawanan akhir Eropah.

Kekecewaan pengendali kelahiran Portugal itu terhadap kekalahan tersebut semakin menarik perhatian penyokong apabila pingat peraknya dilemparkan kepada orang ramai.

Menerusi video tular di media sosial, Mourinho mengeluarkan pingat itu dari lehernya dan melemparkannya kepada penyokong yang berada di stadium Puskas Arena.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Mourinho membaling pingat ke tempat penonton berikutan sebelum ini pengendali berusia 60 tahun itu pernah melakukannya pada 2006 selepas memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea.

Namun ketika itu, pingat yang dibuang Mourinho bukan miliknya sebaliknya milik pemain pertahanan Robert Huth.

Mourinho nampaknya tidak berpuas hati dengan Huth, yang gagal hadir untuk perlawanan terakhir Chelsea di laman sendiri pada musim itu kerana pemain tersebut berpindah dari kelab. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dekat setahun tak bayar, MFL sahkan KWSP, Perkeso Kelantan FC tertunggak hampir setengah juta – Sukan

Next Post

Mason Mount capai persetujuan bakal sertai Man United musim depan – Sukan

Related Posts