[VIDEO] Belum sempat naik bengkung, pesilat Indonesia maut dipukul 6 senior – Sukan


KHABAR duka menyelebungi dunia pencak silat Indonesia apabila seorang atlet muda mereka meninggal dunia pada Isnin lalu selepas dipukul oleh enam senior dalam kejadian yang berlaku di Gresik, Jawa Timur, Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Aditya Pratama, 20, difahamkan dalam persediaan untuk ujian kenaikan pangkat tali pinggang bagi Ikatan Keluarga Silat Lelaki Indonesia (IKSPI) Kera Sakti di daerahnya, Cerme sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku.

Menurut Ketua Unis Siasatan Jenayah Polis Gresik, Aldhino Prima Wirdhan, mangsa yang dipukul sekitar pukul 7.30 malam (waktu Malaysia) pada Sabtu itu sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapanya sebelum hadir ke ujian kenaikan pangkat tersebut.

“Petang Sabtu, Muhammad Aditya Pratama mengucapkan selamat tinggal dan meminta doa kedua orang tuanya agar dia lulus dalam peperiksaan kenaikan pangkat pencak silat. Dari tali pinggang kuning kepada tali pinggang biru.

“Keesokan harinya, Ahad. Sekitar pukul 2.30 pagi, ibu bapa mangsa mendapat berita dari jurulatih kolej Kera Sakti yang memaklumkan bahawa anak mereka berada di Pusat Kesihatan Cerme dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata Aldhino.

Ibu bapa Muhammad Aditya menunjukkan gambar mangsa. — Agensi

Tambah polis berkenaan, selepas dirawat di pusat kesihatan itu, mangsa dirujuk ke Hospital Wilayah Ibnu Sina dan menjalani rawatan selama beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia pada petang Isnin.

Menurut Aldino, hasil bedah siasat menunjukkan atlet seni bela diri itu mengalami pendarahan di bahagian otak akibat kesan daripada pukulan bertubi-tubi oleh enam pelaku yang juga merupakan senior mangsa.

Hasil siasatan daripada pihak berkuasa, seorang pelaku kejadian berkenaan ternyata masih di bawah umur, lima daripada pula berusia antara 17 hingga 20 tahun dan kesemua mereka berasal daripada daerah sama seperti Muhammad Aditya iaitu Cerme. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hanya bendera Malaysia dan Tajikistan dibenarkan, semak senarai barang dilarang bawa masuk stadium aksi final Pestabola Merdeka – Sukan

Next Post

[VIDEO] Walaupun berbeza pasukan, 2 import Afrika ada misi tersendiri dalam NSL – Sukan

Related Posts