[VIDEO] Bekas ‘striker’ Man City main ‘osom’ nak tentukan pemain layak ambil penalti – Sukan


AKSI antara pasukan Adana Demirspor berdepan Konyaspor dalam saingan Liga Super Turki disajikan dengan momen menarik yang pasti diingati oleh penyokong setia bola sepak.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah berada di kedudukan selesa selepas dua jaringan berjaya dicetak pada babak kedua.

M’Baye Niang mencetak gol pada minit ke-54, manakala bekas bintang Manchester City, Mario Balotelli meledak jaringan m-81.

Bagaimanapun, kejadian mencuit hati berlaku apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir kepada pasukan Adana.

Untuk memutuskan siapa yang akan mengambil penalti tersebut, Niang dan bekas pemain Man City itu dilihat memilih kaedah permainan zaman kanak-kanak iaitu rock-paper-scissors (gunting-batu-kertas) ketika aksi itu berlangsung.

Aksi mereka dapat dirakam dan tular menerusi perkongsian video di X (Twitter) Sportbible.

Dengan kedudukan 2-0 memihak kepada kelab gergasi Turki itu, keputusan muktamad diketahui selepas Niang memenangi pusingan permainan yang lebih dikenali sebagai ‘osom’ itu.

Niang menyempurnakan sepakan penalti tersebut sekali gus mencatat dua gol peribadinya dalam aksi tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] ‘Winning mentality’ JDT jadi resepi Johor Jewels catat rekod tanpa kalah NSL – Sukan

Next Post

Paulo Josue beri komen kehadiran ‘budak nakal JDT’ ke HM, Nenad Bacina mahu KL buru slot final Piala Malaysia jumpa Harimau Selatan – Sukan

Related Posts