[VIDEO] Bekas bintang Barcelona berdepan detik cemas jatuh pentas – Sukan


BEKAS bintang Barcelona, Gerard Pique berdepan detik cemas apabila terjatuh di tepi pentas dalam sebuah acara besar dilihat mencuri tumpuan warga maya di media sosial.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku semasa pelancaran kejohanan Kings League Americas yang diadakan pada Selasa.

Menerusi satu hantaran video di Twitter, Pique dilihat menuju ke sisi pentas untuk menyambut peminat selepas acara tersebut.

Pemain berusia 36 tahun itu kelihatan fokus dengan mendengar mesej suara di telefonnya di samping mahu mengambil baju Barcelona daripada peminat untuk menandatanganinya, tetapi gagal melihat jurang antara pentas dan tempat duduk penonton.

Berikutan perkara itu, bintang pertahanan Sepanyol itu jatuh melalui celah pentas dan hilang sepenuhnya dari pandangan peminat dan kru acara tersebut.

Bagaimanapun, dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Proses naturalisasi tergendala? Ini pro-kontra jika Romel Morales sertai Selangor musim depan – Sukan

Next Post

Kereta dicuri tidak luntur semangat Latif Romly raih pingat emas di Hangzhou – Sukan

Related Posts