[VIDEO] Angkara aksi derbi, penyokong naik hantu rompak kedai merchandise kelab sebelum sepak mula – Sukan


DERBI gergasi Bundesliga Australia menyaksikan SK Sturm Graz berhasil menang ke atas Grazer AK (GAK) dalam derbi Grazer dengan jaringan mata 3-2 pada pusingan 16 Piala OFB di Merku Arena, Graz, Austria pada Jumaat.

Perlawanan derbi yang ke-199 itu bagaimanapun tidak terlepas daripada drama dan kontroversi, baik di dalam mahupun di luar padang dengan menyaksikan pelbagai insiden serta kekecohan mencemari aksi tersebut.

Antara yang berlaku ialah rusuhan dalam kalangan peminat sehingga dilaporkan seramai 11 orang cedera apabila seorang peminat GAK berada di hospital dengan tengkoraknya patah manakala seorang peminat Sturm juga dilaporkan mati selepas terjatuh.

Malah sebelum perlawanan, penyokong Sturm mencetuskan kekecohan dengan merompak secara ganas sebuah kedai cenderamata peminat GAK di sekitar Merku Arena.

Lain macam derbi ini, sampai penyokong rompak kedai cenderamata bagai. pic.twitter.com/StYHSMHxxJ

— Majoriti (@majoritionline) November 4, 2023

“Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah derby. 200 skarf sahaja yang bernilai 25 euro (RM126) setiap satu telah hilang. Mujur tiga jurujual itu dapat melarikan diri tanpa rasa takut.

“Seorang kerani peralatan ditolak namun tidak cedera parah dan mesin tunai tidak dicuri. 20 ultras GAK akhirnya dapat menghalau pencuri itu,” kata pengarah GAK, Matthias Dielacher dengan nada marah.

Pentadbiran stadium akan membuat invois kepada GAK sebagai penganjur untuk kerosakan dan kelab akan menyerahkannya kepada Sturm sebagai bayaran untuk kos pemulihan.

Namun, pengurusan Sturm dilaporkan enggan bertanggungjawab dengan tindakan penyokongnya yang menyebabkan kekecohan dan bagi pengarah Sturm, Andreas Schicker menyatakan perkara sebegitu rupa bukan kepentingan kelab.

Polis telah memfailkan kira-kira 60 laporan dengan difahamkan beberapa pegawai telah diserang dengan semburan lada dan dua dilaporkan mengalami kecederaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Devan dijangka ‘move on’, ex coach Pahang jadi sasaran kendali skuad Jang – Sukan

Next Post

Enggan terlepas final musim depan, Mat Don beri hint kekal di TFC – Sukan

Related Posts