[VIDEO] Alami gegaran otak disiku bintang muda JDT, Mukris kini dalam keadaan stabil – Sukan


PEMAIN Terengganu FC II (TFC II), Tuan Mukris dikhabarkan kembali stabil selepas insiden kekasaran yang dilakukan bintang muda Johor Darul Takzim II (JDT II), Darly Sham dalam perlawanan Piala MFL yang berlangsung pada Jumaat.

TFC II berjaya mengejutkan pasukan pelawat, JDT II dengan keputusan 2-1 yang mana skuad Penyu menjaringkan gol menerusi Syahmi Zamri dan Muslihuddin ‘Atiq seawal 12 minit permainan.

Dalam perlawanan itu, berlaku insiden kekasaran yang menyebabkan Mukris pengsan selepas disiku oleh Darly pada minit ke-18 yang mana ketika itu pemain JDT ingin merebut bola daripada pertahanan muda TFC itu.

Insiden itu berlaku dengan pantas yang mana Darly dilhat ingin merampas bola daripada Mukris namun sebelum melakukan terjahan pemain berusia 20 tahun itu terlebih dahulu mengangkat siku dan mengenai muka pemain TFC.

Mukris kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke hospital.

Kesan daripada kekasaran itu, Mukris pengsan serta merta dan memerlukan pengawai perubatan mengambil tindakan dengan cepat.

Mukris terpaksa dikeluarkan menggunakan pengusung serta memakai pendakap leher untuk menjaga posisi kepalanya.

Pemain berusia 23 tahun itu dikerjakan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Menerusi perkongisan Piang Shankly di Twitter, Mukris kini berada dalam keadaan yang baik serta tidak mengalami kecederaan serius akibat daripada kekasaran itu.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan serius kepada Tuan Mukris yang mengalami gegaran otak selepas dikejarkan ke hospital akibat dirempuh dan disiku dengan keras oleh Daryl Sham dalam perlawanan TFC II lawan JDT II pada Jumaat,” katanya.

Dia turut mempersoalkan tindakan pengadil yang tidak melayangkan kad merah kepada Darly yang melakukan kekasaran kepada Mukris.

Malah, ada juga penyokong yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemain muda JDT itu yang dilihat sengaja melakukan kekasaran tersebut.

“Tak ke manalah Liga Malaysia kita ini, dengan level pengadil macam ini,” kata @_ahmadfathi_.

“Liga sarkis, kualiti terus, esok luas kalau main sampai patah riuk pun pengadil kata main sahaja,” jelas @syed_azlee.

“Pengadil di Malaysia memang macam itu, kalau mati baru ada kad kuning,” ujar @cikguchan80. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bengang dengan pengadil bukan alasan fans The Rhinos boleh campak sampah tengah padang – Sukan

Next Post

[VIDEO] Selepas dipujuk PJBM, Frank Bernhardt dedah situasi tidur di bilik stor – Sukan

Related Posts