[VIDEO] Aksi final Thailand-Indonesia rebut ‘ibu segala pingat’ kecoh, 5 kad merah dilayang pengadil dalam 30 minit – Sukan


PASUKAN bola sepak Indonesia menyumbang pingat emas buat kontinjen republik itu selepas memenangi perlawanan akhir menentang Thailand.

Aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Kemboja pada Selasa itu menyaksikan perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum skuad Garuda menang dengan keputusan 5-2.

Meskipun mendahului selepas separuh masa pertama menerusi dua gol daripada Ramadhan Sananta, jaringan daripada Anan Yodsangwal serta Yotsakon Burapha memberikan talian hayat buat pasukan lawan.

Namun, memasuki masa tambahan, Indonesia memastikan mereka membawa pulang ‘ibu segala pingat’ menerusi gol Irfan Jauhari, Fajar Fathur Rahman dan Beckham Putra Nugraha.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian dalam aksi tersebut adalah situasi tegang yang berlaku pada waktu tambahan permainan.

Ketika memasuki minit pertama waktu tambahan, jaringan daripada Irfan menyebabkan pergaduhan berlaku di kawasan teknikal kedua-dua pasukan.

Hal itu menyebabkan perlawan ditangguhkan untuk beberapa minit bagi membolehkan pihak pengadilan meredakan keadaan.

Tidak cukup dengan itu, terdapat lima layangan kad merah oleh pengadil dengan dua diberikan kepada Indonesia dan tiga diterima Thailand.

Kemenangan Indonesia itu juga menyaksikan mereka memenangi pingat emas dalam kategori bola sepak lelaki Sukan SEA buat kali pertama sejak 1991.

Sementara itu, pingat gangsa pula dimenangi Vietnam selepas mereka mudah menundukkan Myanmar dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan yang juga berlangsung pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kesungguhan TMJ uruskan JDT buat tonggak skuad Indonesia kagum – Sukan

Next Post

Sukan SEA: Malaysian Tigress sumbang emas ke-34 negara pada hari terakhir temasya – Sukan

Related Posts