[VIDEO] Aksi Endrick tergolek dalam sesi latihan bersama bek tengah Arsenal cetus tanda tanya – Sukan


PROSPEK bola sepak Brazil, Endrick de Sousa sebelum ini mencipta kejutan apabila menjadi mendapat panggilan pertamanya untuk menyarung jersi pasukan senior kebangsaan ketika jurulatih Fernando Diniz mencari pengganti penyerang berbisa, Neymar.

Ubi muda berusia 17 tahun itu adalah pemain termuda yang menerima panggilan skuad Selecao sejak legenda Ronaldo melakukannya pada usia yang sama pada 1994.

Endrick kini bermain untuk kelab teratas Brazil, Palmeiras tetapi akan menyertai Real Madrid pada Julai musim depan selepas menandatangani perjanjian dengan pasukan gergasi La Liga itu pada tahun lepas.

Untuk rekod, Endrick dilaporkan dibeli oleh Real Madrid dengan yuran perpindahan 72 juta euro (RM348.82 juta).

Setelah menjaringkan 12 gol untuk kelabnya tahun ini, penyerang itu diberi ganjaran oleh barisan kejurulatihan Brazil dengan panggilan senior pertamanya untuk negaranya minggu lalu.

Endrick sudah menjaringkan 12 gol untuk Palmeiras pada tahun ini.

Bintang Arsenal, Gabriel Magalhaes juga disenaraikan dalam skuad kendalian Fernando itu dan nampaknya bek tengah itu menyambut kehadiran Endrick dengan agak ganas ketika sesi latihan mereka.

Dalam video latihan yang disiarkan di media sosial X, Endrick menerima bola di tengah padang dan selepas itu Gabriel merampas bola daripadanya dengan kasar sehingga ubi muda itu tergolek ke lantai.

Pemain berusia 25 tahun itu menunjukkan pengalaman dan kehebatan pertahanannya dalam melakukan terjahan terhadap Endrick yang masih sangat baharu dalam bola sepak peringkat tertinggi.

Brazil akan menentang Colombia dan Argentina dalam dua perlawanan kelayakan seterusnya untuk Piala Dunia 2026 dan nampaknya ia akan menjadi pengalaman bermakna untuk Endrick. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan sampai turun ke JDT II — Penganalisis – Sukan

Next Post

[VIDEO] Madame Pang tawar bonus RM1 juta buat Thailand harungi kelayakan Piala Dunia – Sukan

Related Posts