[VIDEO] Akibat rusuhan, 15 penyokong, 17 polis cedera dalam aksi Liga Jerman – Sukan


SEKURANG-KURANGNYA 15 penyokong dan 17 polis cedera dalam satu rusuhan di kawasan penyokong dalam perlawanan divisyen kedua Liga Jerman di antara FC St. Pauli dan Hannover 96.

Menurut jurucakap polis Hamburg, salah seorang penyokong dan pegawai polis turut dikejarkan ke hospital akibat mengalami kecederaan parah apabila dilaporkan mengalami keretakan tulang pada awal pagi Sabtu.

Menerusi laporan ASB, punca rusuhan yang berlaku di kawasan penyokong pelawat (Hannover 96) itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Namun ada saksi kejadian mendakwa punca rusuhan tersebut selepas salah seorang penyokong pelawat ditendang oleh pengawal keselamatan sebelum berlakunya rusuhan terbabit.

Disebabkan insiden itu, permainan dihentikan selama lima minit sebelum pengadil perlawanan kembali meniupkan wisel menandakan aksi diteruskan.

Dalam perlawanan itu, pasukan tuan rumah, FC St. Pauli gagal memanfaatkan peluang untuk mengutip tiga mata penuh selepas hanya sekadar terikat seri 0-0 dalam permainan tersebut.

Walaupun gagal mengutip tiga mata penuh, FC St.Pauli masih gah berada di kedudukan teratas Liga Divisyen Kedua Jerman dengan 27 mata.

Manakala, Hannover 96 berada di tempat keempat dan dibezakan satu mata dengan pasukan Holstein Kiel di kedudukan ketiga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Empat pemain utama JDT gagal bantu pasukan adik rangkul trofi Piala MFL – Sukan

Next Post

Penyerang muda TFC, Selangor setanding Akhyar Rashid – Sukan

Related Posts