[VIDEO] ‘Adik Aqil ada mentaliti juara’, KBS komited hulur bantuan – Sukan


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu seorang murid, Muhammad Aqil Naufal Zahiran yang tular baru-baru ini selepas dia berusaha keras menamatkan larian 100 meter (m) di satu Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas dengan menggunakan tongkat.

Menyanjungi usaha murid 11 tahun itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memberi komitmen akan berusaha melakukan yang terbaik di pihak KBS untuk membantu Muhammad Aqil, termasuk dalam menyertai lebih banyak aktiviti sukan pada masa akan datang.

Malah, menurutnya, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) membuat persiapan untuk bertemu dengan pakar prostetik minggu ini bersama keluarga Muhammad Aqil.

“Saya melihat usaha adik Muhammad Aqil menamatkan lariannya. Ini adalah mentaliti seorang juara. Tiada alasan untuk tidak bertanding. Tiada alasan untuk tidak bersaing dalam perlumbaannya dan beliau telah membuktikannya dan melakukan yang terbaik dengan keadaannya.

“Adik Muhammad Aqil mempunyai pemikiran seorang juara. Ini adalah mentaliti yang diperlukan, seperti yang diterapkan dalam inisiatif Road to Gold. Saya menghargai usaha dan menyanjungi adik Muhammad Aqil. katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Aqil yang merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh di sebuah sekolah rendah di Pahang itu kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Aguero tak mahu Harimau Malaya terlalu hormati China, Syria – Sukan

Next Post

Saya mahu menang setiap kali menyarung jersi Malaysia — Dion Cools – Sukan

Related Posts