‘Up lagi level fitness’, fans puji comeback Harimau Muda tapi mahu aksi lebih baik – Sukan


SKUAD bola sepak bawah (B-23) Malaysia memulakan langkah kanan dalam kempen Piala AFF B-23 2023 apabila menewaskan musuh tradisi, Indonesia dengan keputusan 2-1 dalam aksi kumpulan B yang berlangsung di Rayong, Thailand pada Jumaat.

Malaysia yang hadir tanpa tonggak utama seperti Mukhairi Ajmal, Harith Haikal dan Azam Azmi dilihat agak bergelut apabila dibolosi pada minit ke-29 yang dijaringkan oleh penyerang muda sensasi Indonesia, Ramadhan Sananta.

Tersentak dengan jaringan itu, jurulatih negara, E. Elavarasan melakukan rombakan taktikal dengan membawa masuk penyerang muda Johor Darul Takzim II (JDT II) Fergus Tierney untuk mengetuai barisan serangan Harimau Muda.

Ternyata, percaturan Elavarasan membuahkan hasil selepas, Tierney menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-54 dan sekaligus menyamakan kedudukan kedua-dua pasukan tersebut.

Lapan minit kemudian, Tierny sekali lagi berjaya merobek gawang gol Indonesia yang juga pingat emas Sukan SEA 2023 melalui tampanan mudah untuk memberikan kemenangan berharga pada skuad negara.

Kemenangan itu juga membuka peluang pada pasukan negara untuk mara ke peringkat seterusnya selepas hanya berbaki satu perlawanan menentang Timor Leste pada 22 Ogos nanti.

Penyokong berasakan kecergasan para pemain Harimau Muda masih lemah dan kemenangn menentang Indonesia pada malam Jumaat itu hanya sekadar bernasib baik. — Facebook/FAM

Walaupun menang, namun ada dalam kalangan penyokong yang meluahkan kerisauan melihat kepada kecergasan para pemain skuad Harimau Muda.

Hal ini kerana, sepanjang permainan menentang skuad muda Garuda itu, boleh dikatakan barisan serangan skuad kebangsaan dilihat tumpul dan gagal melakukan percubaan berbahaya ke gawang Indonesia.

Malah kemenangan itu juga dianggap sebagai bernasib baik oleh seorang penyokokong, Zulfiqar Abu.

“Malam ini menang nasib sahaja. Banyak sangat hilang bola. Harus cuba lebih baik pada perlawanan seterusnya. Jentera serangan juga agak lemah,” katanya.

Selain daripada itu, Saiful Anuar Sawal menasihatkan agar barisan pemain Harimau Muda untuk meningkatkan kecergasan mereka sekiranya ingin mengekalkan permainan yang konsisten.

“Saya harap semua pemain dapat meningkatkan fitness (kecergasan) mereka agar dapat bermain secara pantas dan kekal fokus pada permainan,” tulisnya.

Matt Adil turut mempunyai pendapat yang sama melihat kepada prestasi skuad muda kebangsaan berkenaan.

Tierney dianggap sebagai wira apabila berjaya menjaringkan dua gol ketika menang menentang Indonesia dalam perlawanan kejohanan Piala AFF B-23 2023 yang berlangsung di Rayong, Thailand pada Jumaat.

“Tahniah Harimau Muda. Cuma pemain kita nampak ada masalah fitness. Harap boleh kekalkan kecergasan dan tambah stamina,” katanya.

Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan mengumpul tiga mata dalam memburu tempat ke separuh akhir yang hanya akan diisi juara setiap kumpulan bersama naib juara terbaik.

Kejohanan B-23 AFF 2023 yang berlangsung di Rayong, Thailand dari 17 sehingga 26 Ogos ini menyaksikan saingan Kumpulan A menghimpunkan pasukan tuan rumah, Kemboja, Brunei dan Myanmar sementara Kumpulan C dibarisi juara bertahan Vietnam, Filipina dan Laos.

Untuk rekod, sebelum ini, Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi 2022 di Kemboja selepas tewas dua kali kepada Laos dengan hanya dua pasukan bertanding memandangkan Myanmar dan Indonesia menarik diri.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Prestasi tidak menentu, 3 pemain wajar kembali ke Perak, Kelantan dan Kedah bantu pasukan musim depan – Sukan

Next Post

Bekas arkitek tengah TFC pasang niat ‘terbalikkan’ The Rhinos di Likas – Sukan

Related Posts