UniPin-Moonton umum perkongsian untuk Mobile Legends: Kejohanan Piala Asia Tenggara Bang Bang, MSC 2022

PEMBOLEH perkhidmatan hiburan digital terkemuka di Asia Tenggara, Universal Pin (UniPin) mengorak langkah apabila mengumumkan perkongsian terbaharu dengan Moonton Games.

Pengarah Komersial UniPin Malaysia, Stella Soh berkata, perkongsian UniPin dan Moonton Games adalah berdasarkan visi yang sama iaitu untuk menyokong pertumbuhan ekosistem eSport di Asia Tenggara, melalui pembentukan dan pengajuran pelbagai aktiviti dan kejohanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima pasukan wanita Malaysia mara ke peringkat ‘playoff’ Siri Wanita UniPin MY/SG 2022

Oleh itu kata Stella, UniPin teruja untuk menjadi sebahagian daripada MSC 2022 sebagai Rakan Esports Serantau secara rasmi.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Moonton Games dalam MSC 2022 kerana kami berkongsi minat dan nilai yang sama. UniPin komited dalam pembangunan peluang akar umbi dan memberi sokongan kepada masyarakat.

“Ia juga merupakan visi UniPin untuk menjadikan perkhidmatan kami mudah diakses oleh semua pemain tidak kira lokasi, demografi atau status sosioekonomi, terutamanya di Asia Tenggara dan negara-negara lain yang sedang pesat membangun,” katanya.

Dalam pada itu, Stella menjelaskan kerjasama dengan UniPin akan memberi ruang kepada peminat untuk menyaksikan MSC 2022 beraksi selain meraikan esports #SupremeSEA dengan penganjuran dalam skala lebih besar.

Kejohanan ini katanya, berfungsi sebagai platform serantau untuk pemain dan peminat Mobile Legends Bang Bang (MLBB) berkumpul dan meraikan bakat terbaik di seluruh Asia Tenggara.

“Menjadi komitmen UniPin untuk menyelaraskan visi kami untuk membantu memacu pertumbuhan dan kemampanan ekosistem e-sukan dan kerjasama rapat ini dapat membawa aksi itu lebih dekat kepada peminat,” tambahnya.

Bagi meraikan berita gembira itu, UniPin menyediakan peluang untuk peminat MLBB menghadiri Grand Final MSC 2022 dengan tawaran perjalanan tiga hari dua malam yang ditanggung penuh selain tiket Gold Tier untuk grand final.

Bermula 27 Mei lalu sehingga 19 Jun ini, UniPin turut menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti pulangan wang tunai dan aksesori kulit wira Epic.

Sebagai tambahan, UniPin akan menganjurkan beberapa aktiviti yang menyeronokkan di gerai mereka di MSC 2022, di mana peserta boleh memenangi lebih banyak hadiah dan barangan eksklusif apabila mengunjungi gerai tersebut.

Perkongsian itu adalah sebahagian daripada sokongan UniPin, sebagai penyedia perkhidmatan hiburan digital terkemuka dengan pengalaman lebih 10 tahun dengan 18.7 juta pengguna aktif di 32 negara di seluruh dunia, untuk membantu industri e-sukan berkembang maju dan berkembang lebih jauh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Tak sengaja tayang payudara ketika bersorak, ramai berang lihat penyokong wanita ini dikasari petugas stadium

Next Post

Gempar bintang Bundesliga ditahan, disyaki rogol remaja

Related Posts