Ungguli carta peledak gol terbanyak Liga Super, ketahui 5 sebab Bergson mampu capai tahap ini – Sukan

LIMA kemenangan berturut-turut. Itu sudah cukup membuktikan penguasaan Johor Darul Takzim (JDT) memang tidak boleh dinafikan dalam saingan Liga Super.

Tetapi bukan itu sahaja kejayaan JDT, sebaliknya senarai penjaring gol terbanyak dalam Liga Super juga dipegang oleh penyerang mereka, Bergson Da Silva.

Memasuki perlawanan ke-15 Liga Super, Bergson telah menjaringkan 17 gol diikuti rakan sepasukannya, Fernando Forestieri, 12 gol.

Berikut Majoriti sertakan lima sebab mengapa Bergson mampu menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Super.

Barisan pemain JDT yang membuka ruang untuk Bergson menjaringkan gol. — Facebook/Johor Southern Tigers

Sokongan rakan sepasukan

Bergson memang boleh digelar sebagai peledak gol JDT tetapi perkara itu tidak dicapai secara berseorangan.

Malah, pemain itu beruntung kerana mempunyai ramai rakan sepasukan yang bijak mencipta peluang untuknya di depan gol.

Antara pemain yang membantu Bergson menjaringkan gol ialah Arif Aiman, Safiq Rahim, Corbin Ong, Afiq Fazail, Nazmi Faiz dan Safawi Rasid.

Bergson bijak mencari ruang untuk membolosi pintu gol lawan. — Facebook/Johor Southern Tigers

Bijak hidu ruang gol

Kalau dilihat permainan Bergson, dia sebenarnya tidak mempunyai kemahiran tinggi dalam menggelecek bola.

Namun, pemain berusia 31 tahun itu mempunyai tendangan yang cukup padu melibatkan kaki kiri dan kanan.

Selain itu, Bergson juga cukup bijak menghidu ruang untuk menyumbat gol. Jika dia menerima lorongan bola dari tengah, bersiap sedialah untuk menahan rembatan padu daripadanya.

Dua gol hasil sepakan penalti dijaringkan Bergson dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022. — Facebook/Johor Southern Tigers

Pakar sepakan penalti

Selain daripada sepakan padu, Bergson juga jarang mensia-siakan peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

Melihat kepada statistik jaringan golnya musim ini, penyerang dari Brazil itu menjaringkan lima gol menerusi sepakan penalti.

Ketenangan yang dimiliki Bergson antara sebab mengapa penyerang itu tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.

Bergson ketika menjalani sesi latihan berintensiti tinggi. — Facebook/Johor Southern Tigers

Pengalaman dan latihan intensiti tinggi

Berusi 31 tahun, Bergson mempunyai pengalaman yang cukup banyak terutamanya ketika beraksi di liga Brazil.

Disebabkan itu tiada masalah buatnya untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan bola sepak tempatan.

Selain itu, fasiliti latihan yang dimiliki JDT juga umpama memberi kelebihan untuk Bergson menggunakan pengalamannya.

Latihan berintensiti tinggi juga berjaya mengekalkan prestasi Bergson di tahap yang terbaik.

Forestieri (kiri) dan Bergson merupakan duo peledak gol yang digeruni dalam Liga Super. — Facebook/Johor Southern Tigers

Gandingan bersama Fernando Forestieri

Walaupun Fernando Forestieri merupakan penyerang kedua untuk pasukan JDT, Bergson tidak melihat perkara itu sebagai kelebihan buat dirinya.

Malah, Bergson tidak bersikap tamak dan beberapa kali memberikan peluang kepada Forestieri untuk menjaringkan gol walaupun pintu gol sudah terbuka untuknya.

Persefahaman yang tinggi antara kedua-dua pemain juga membuatkan gandingan ini dianggap sebagai duo penyerang berbisa dalam Liga Super.

Selain itu, jumlah jaringan oleh dua pemain ini telah membawa kepada peratusan yang amat tinggi iaitu 62 peratus secara keseluruhannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Dikenal pasti, TMJ dedah gambar, MyKad dalang cetus kekecohan – Sukan

Next Post

Di sebalik tewas, rupanya peminat Kedah ‘terpikat’ pemain PSM Makassar, bajet ada ke? – Sukan

Related Posts