Undian awal Piala Malaysia, ada pasukan akan ‘adjust game’ — Penganalisis – Sukan


KEPUTUSAN Liga Bola Malaysia (MFL) melakukan pengundian Piala Malaysia 2022 bagi menentukan lawan setiap pasukan bertanding pada khamis mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Ini kerana pengundian tersebut diadakan sebelum saingan Liga Super tamat dan rata-rata pasukan masih lagi berbaki tiga perlawanan sebelum liga tersebut menutup tirainya secara rasmi.

Pada pengundian tersebut, juara Liga Super yang baru ditabalkan, Johor Darul Takzim (JDT) diundi dalam blok berlainan dengan pasukan naib juara Liga Super dan situasi ini memungkinkan mereka bertemu di final Piala Malaysia.

Skuad Harimau Selatan diundi berdepan pasukan di tangga kesembilan liga sementara naib juara Liga Super akan bertemu pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh.

Satu lagi pertembungan sesama pasukan Liga Super adalah membabitkan pasukan dari tangga kelapan menentang pasukan di tangga keempat Liga Super.

Hasil undian Piala Malaysia 2022 yang dilakukan pada Khamis.

Melihat kepada kelompongan tersebut, penyokong berasa ketidakadilan bakal berlaku kerana setiap pasukan masih berpeluang memilih lawan dengan memperbaiki kedudukan masing-masing.

Perkara tersebut dipersetujui penganalisis sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli yang turut berasa pengundian sepatutnya dilakukan selepas tamat Liga Super agar tidak menimbulkan spekulasi mengenai badan bola sepak tersebut.

“Tidak dinafikan, keputusan untuk membuat undian sebelum perlawanan Liga Super berakhir merupakan sesuatu yang janggal. Kebiasaannya, MFL akan menunggu habis kesemua liga baru buat undian.

“Kita tidak pasti sebab mereka lakukan undian sebegitu. Tapi Ini akan menimbulkan pelbagai tanggapan berbeza dalam kalangan penyokong. Elok sahaja kalau mereka tunggu habis semua, bukannya banyak lagi saingan Liga Super yang tinggal,” katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, sudah menjadi impian setiap pasukan untuk melangkah masuk ke dalam saingan Piala Malaysia tanpa mengetahui lawan mereka sebelum saingan Liga Super tamat.

Mengulas lanjut, Pekan tidak menolak sekiranya terdapat pasukan mengambil kesempatan ini untuk mengatur keputusan perlawanan pada aksi-aksi terakhir Liga Super nanti.

“Ada pasukan boleh melihat ini sesuatu yang tidak adil buat mereka. Sesetengah pasukan boleh mengatur perlawanan. Bagi mendapat laluan mudah dan mengelak pasukan tertentu, mereka akan cuba ‘adjust’ kalah atau menang perlawanan dengan sengaja.

Pekan berpendapat tindakan MFL akan menimbulkan tanggapan negatif terhadap badan itu.

“Walaupun ia nampak seperti mengatur perlawanan tanpa sesuatu kesalahan secara rasmi, namun, ini adalah sesuatu amalan tidak sihat. Ini sepatutnya tidak berlaku dalam Piala Malaysia,” ujarnya.

Sebagai rekod, aksi bagi saingan kejohanan Piala Malaysia 2022 membabitkan 16 pasukan layak beraksi yang terdiri daripada 11 pasukan teratas Liga Super dan lima pasukan teratas dari Liga Perdana akan membuka tirainya pada 25 Oktober ini.

Uniknya pada tahun ini, tiada aksi peringkat kumpulan bagi saingan Piala Malaysia 2022 dan sehubungan itu, semua pasukan diundi untuk menghadapi cabaran perlawanan timbal balik.

Bagi Liga Super, kesemua pasukan terlibat layak mendapat tiket ke saingan tahun tersebut kecuali Melaka United FC selepas gagal melunaskan tunggakan gaji pasukan pada tempoh ditetapkan.

Manakala, bagi Liga Perdana pula, pasukan yang berjaya melepasi kelayakan Piala Malaysia 2022 ialah Kelantan FC, Kuching City FC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC dan Kelantan United.

Kuching City FC akan berdepan pasukan ke-11 Liga Super sementara UiTM FC berdepan tugas sukar apabila diundi menentang pasukan di tangga ketiga Liga Super.

Kelantan FC menentang pasukan di tangga ke-10 Liga Super manakala pasukan di tangga kelima Liga Super menanti Kelantan United dan PDRM FC akan berdepan pasukan di tangga keenam Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas graduan akademi Man United pikul tanggungjawab baharu – Sukan

Next Post

‘Dia semua betul’, Sanusi ‘panaih’ TMJ minta Daud Bakar campur tangan kawal perangai ‘badut’ – Sukan

Related Posts