Ultras Milan ‘sekolahkan’ pemain, pengurus secara tenang – Sukan


KELAB Gergasi Serie A, Inter Milan tewas mengejut kepada pasukan bawahan Spezia dengan skor 0-2 dalam perlawanan pada Sabtu di Stadium Alberto Picco.

Kekalahan itu menyebabkan para pemainnya perlu berdepan dengan penyokong tegar mereka selepas tewas dua kali berturut-turut dalam saingan Serie A.

Semi finalis Liga Juara-Juara itu terus dibelenggu mimpi buruk berikutan kekalahan 0-2 sebelum ini kepada seteru, Inter Milan pada Rabu.

AC Milan tersingkir daripada Liga Juara-Juara yang menyaksikan para penyokong kecewa dengan prestasi hambar mereka ketika berdepan pasukan lawan.

Beberapa pemain termasuk Simon Kjaer, Olivier Giroud dan kapten, Theo Hernandez, bersemuka dengan Ultras selepas tamat permainan bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan, dengan pengurus Stefano Pioli turut terlibat.

Difahamkan, Ultras Milan memutuskan untuk menyampaikan mesej tanda sokongan kepada pemain untuk membantu menarik pemain keluar dari prestasi buruk masing-masing.

Kjaer memberitahu DAZN menerusi Football Italia bahawa Ultras Milan kurang berpuas hati dengan persembahan pasukan dan menuntut semua pemain bersedia menghadapi perlawanan seterusnya.

Ultras Milan mahu para pemain memperbaiki prestasi pasukan secara keseluruhan. — Agensi

“Saya menerima teguran mereka secara positif. Saya terkejut kerana mereka mengikuti kami secara rapat dan tetap memberikan sokongan walaupun kami tidak bermain dengan baik.

“Jika saya tahu untuk menyelesaikan masalah ini, mungkin kami tidak berada dalam posisi sekarang. Sukar untuk memahami mengapa kami begitu bergelut dalam perlawanan dan mensia-siakan banyak peluang.

“Apa yang kami berikan tidak cukup jadi kami perlu memperbaiki persembahan kami,” katanya.

AC Milan mengalami kekalahan kali pertama sejak 2017 apabila tewas kepada lawan dalam kelompok tiga tercorot liga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘See you again’, Daud Bakar terima kejutan jumpa anak jati yang kini bos Lembah Klang – Sukan

Next Post

Suka pulau, panjat gunung antara 12 trivia menarik Ketua Kampung Likas – Sukan

Related Posts