Ucapan Tahun Baharu Cina penuh erti, fans teruja figura Perak FC-Selangor FC akrab di luar padang – Sukan


SAMBUTAN Tahun Baharu Cina kali ini dilihat meriah dengan mereka yang meraikan menggunakan waktu cuti untuk menziarahi ahli keluarga serta kenalan.

Ia turut diserikan lagi dengan ucapan yang membanjiri ruangan media sosial apabila beberapa persatuan dan syarikat tidak ketinggalan untuk mendekati pelanggan menerusi hantaran kreatif.

Malah, suasana tersebut juga dapat disaksikan dalam kalangan kelab-kelab Liga Malaysia yang menyampaikan ucapan bagi menghargai penyokong yang terdiri daripada latar belakang berbeza.

Antara pasukan yang bersungguh-sungguh menzahirkan semangat dalam perayaan itu ialah Perak FC apabila menyiarkan video di media sosial rasmi mereka.

Video tersebut sememangnya menjadi buah mulut ramai apabila ia menampilkan ketua jurulatih, Lim Teong Kim memakai baju tradisional masyarakat Tionghua berwarna merah dan pemilik pasukan, Bobie Farid Shamsudin.

Bagi Teong Kim, sambutan kali ini pastinya berbeza selepas dia sudah sekian lama meninggalkan tanah kelahirannya untuk menetap di Jerman sejak berkhidmat bersama skuad remaja Bayern Munich.

Teong Kim diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baharu Perak FC pada penghujung kempen Liga Perdana 2022. — Facebook/Perak FC

Lebih menarik lagi, video berdurasi 3 minit 46 saat itu turut menampilkan pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe yang tampil sejak dengan busana tradisi berwarna kuning yang juga meraikan sambutan itu.

Hantaran yang dimuat naik pada Jumaat itu menampilkan Cheng Hoe dan Teong Kim sedang bersenang-lenang di sebuah kedai minuman sambil berbincang mengenai bola sepak antarabangsa.

Mereka kemudiannya disertai seorang lagi figura sukan tempatan, Koo Kien Keat yang tidak asing lagi dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus (TBG) yang juga anak jati Ipoh, Perak.

Namun, berdasarkan tinjauan di ruangan komen, orang ramai lebih terpukau dengan kesungguhan yang ditunjukkan Perak FC dalam menghasilkan sebuah video ucapan yang cukup bermakna.

Cheng Hoe (tengah) pernah cuba dikaitkan dengan Perak FC pada 2022.

Manakan tidak, kedua-dua jurulatih itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan Perak FC sebelum pasukan tersebut memilih untuk mendapatkan Teong Kim sementara Cheng Hoe mengemudi skuad Gergasi Merah.

Walaupun tidak pernah beraksi dalam satu pasukan, mereka dilihat mempunyai karakter yang cukup dipandang tinggi sebagai seorang jurulatih dengan portfolio masing-masing.

Bagaimanapun, hubungan akrab yang cuba dipamerkan dalam video tersebut pastinya akan diuji dalam kempen Liga Super 2023 selepas skuad TBG layak ke divisyen teratas bola sepak tempatan.

Video yang sudah mencecah ribuan tontonan itu turut disertai beberapa rekrut baharu skuad TBG, termasuk Raja Imran Shah, Bryan See dan Fahmi Daniel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Legenda Sabah imbau era lampau, bangga Sang Badak kembali ke pentas Asia – Sukan

Next Post

Perjuangan Speedy Tigers terhenti di tangan Sepanyol, penentuan penalti ‘shoot out’ berakhir 3-4 – Sukan

Related Posts