Ubi muda kena ‘scam’, Penang FA dikatakan tarik diri Piala Presiden dan Piala Belia, 3 bulan berlatih sia-sia – Sukan


DALAM kesibukan pemain senior menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan penyokong pula rata-ratanya memberi tumpuan kepada mereka, ramai tidak menyedari apa senario yang sedang berlaku dalam peringkat pembangunan belia bola sepak tanah air.

Seperti semua maklum, musim ini sebanyak 30 pasukan sudah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia 2023 anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dijadualkan bermula bulan depan.

Bagaimanapun, angka 30 skuad itu tidak akan lengkap seperti yang diumumkan sebelum ini susulan dilaporkan pasukan Penang FA difahamkan akan menarik diri daripada kejohanan bola sepak remaja.

Penang FA didakwa mereka mengalami masalah kewangan apabila penaja utama pasukan itu difahamkan membuat keputusan untuk menarik diri di saat-saat akhir sebelum pertandingan bermula pada 16 Mac ini.

Berdasarkan perkongsian dari laman penyokong Penang FA, Penang Supporters menyatakan bahawa pihak pengurusan tidak mempunyai cara lain selain daripada menarik diri dan ia adalah solusi terbaik bagi mengelak masalah tunggakan gaji berlaku.

Tangkap layar hantaran dari Penang Supporters.

“Merujuk kepada sumber yang dipercayai, penaja utama Penang FA untuk saingan Piala Belia dan Piala Presiden 2023 menarik diri di saat akhir. Akibat daripada itu pihak pengurusan tiada jalan lain kerana tidak mahu episod kegagalan pembayaran gaji berlaku jika tiada penaja berminat,” tulis laman itu.

Lebih mendukakan apabila para pemain muda pasukan Penang FA dilaporkan mendapat bayaran sebanyak RM200 seorang sahaja.

“Difahamkan hari ini pemain yang ratanya berasal dari Pulau Pinang mendapatkan khabar duka setelah hampir tiga bulan berlatih pasukan ini bakal menarik diri.

“Pemain pula dikhabarkan hanya mendapat bayaran sebanyak RM200. Kesian pada pemain yang bersemangat untuk beraksi tapi kena scam pula,” tambah laman itu.

Masih belum ada sebarang kenyataan rasmi Penang FA berhubung perkara itu setakat ini.

Sementara itu, pihak FAM selaku penganjur kejohanan remaja tersebut mengesahkan bahawa pasukan Penang FA menarik diri daripada kempen Piala Belia dan Piala Presiden pada tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman berkata, susulan daripada keputusan saat akhir pasukan itu, pihak FAM akan mengenakan denda terhadap Penang FA.

“Pihak FAM dah dapat notis berkenaan tarik diri. Disebabkan notis di saat akhir, yang mana Penang dah mengesahkan penyertaan dan kami dah buat proses pengundian semua dan buat semua jadual.

“Oleh itu, pihak FAM kena ikut peraturan pertandingan dan akan mendenda mereka. Denda itu akan dibawa dulu ke unit undang-undang,” katanya kepada Majoriti.

Saingan Piala Presiden 2023 kali ini membabitkan persaingan 17 pasukan B-20 manakala Piala Belia 2023 membabitkan 13 pasukan B-18, masing-masing dijadual bermula pada 16 dan 17 Mac ini.

Pasukan-pasukan bertanding ini diasingkan mengikut zon berdasarkan mekanisme undian yang ditetapkan oleh FAM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fans harap penyerang Kedah lebih tenang, optimis raih keputusan positif di Kota Bharu – Sukan

Next Post

Dulu dibenci kini disayangi, ini 3 sebab Baqiuddin makin pikat hati fans Tok Gajah – Sukan

Related Posts