Tze Yong bukan Zii Jia, ada bakat tersendiri — Wong Choong Han – Sukan

TZE Yong adalah Tze Yong dan beliau boleh berjaya dengan caranya sendiri.

Susulan kejayaan cemerlang perseorangan negara Ng Tze Yong merangkul perak dalam kemunculan sulungnya di Sukan Komanwel 2022 Birmingham, sesetengah pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk ‘mencabar’ pemain profesional yang juga jaguh perseorangan, Lee Zii Jia.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann bagaimanapun menekankan bahawa pihaknya tidak melatih pemain nombor 42 dunia itu untuk mengatasi Zii Jia.

Sebaliknya, Choong Hann berkata, anak buahnya itu mempunyai bakat dan kebolehan untuk menyumbang kejayaan kepada negara dengan caranya tersendiri.

Meskipun tewas 21-19, 9-21, 16-21 kepada pemain India Lakshya Sen dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, Tze Yong layak diberi pujian ekoran prestasi hebatnya sepanjang temasya itu, termasuklah mencipta dua kejutan ke atas dua pemain terutama dunia untuk mara ke final.

Tze Yong mengejutkan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura, 15-21, 21-14, 21-11, dalam pusingan suku akhir Sabtu lepas dan perseorangan ke-13 dunia Srikanth Kidambi dari India, 13-21, 21-19, 21-10, dalam separuh akhir pada Ahad.

Pemain berusia 22 tahun itu juga memainkan peranan penting dalam membantu kem badminton negara merampas emas daripada India dengan kemenangan 3-2 Selasa lepas.

Tze Yong mengalahkan Kidambi 21-19, 8-21, 21-16 dalam perlawanan ketiga pusingan akhir berpasukan campuran, sekali gus membuka laluan untuk Malaysia meraih emas.

Bagaimanapun, Choong Hann berkata, masih banyak yang perlu dilakukan pihaknya untuk membantu Tze Yong memperoleh lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Kami akan terus melatihnya menerusi program sedia ada dan biarkan faktor masa menjadi penentu. Kami tidak akan mengubah sasaran kami atas sebab tekanan yang tidak perlu,” katanya.

Mengenai prestasi Tze Yong sepanjang temasya itu, Choong Hann gembira melihat kemajuan atlet dari Johor itu yang telah menunjukkan permainan yang baik dan mengatasi pemain dengan ranking lebih tinggi. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gerun hadapi Kedah, PSM Makassar awasi 3 bintang Sang Kenari – Sukan

Next Post

Cukup-cukuplah sentimen ‘anak jati Pahang’, ramai lagi secemerlang Arif Aiman – Sukan

Related Posts