‘Tunggu green light LTK’, 4 sebab Wan Zack dilabel ‘kuda liar’ oleh fans The Bos Gaurus – Sukan


SELEPAS mengharungi empat perlawanan dalam Liga Super 2023, Perak FC kini berada di kedudukan keenam liga dengan mengumpul lima mata melalui satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Kedudukan tersebut dilihat agak positif bagi pasukan The Bos Gaurus dengan mengambil kira skuad yang dimiliki oleh Datuk Lim Teong Kim itu.

Ini kerana selain terdiri daripada pemain muda, skuad Perak FC pada musim ini juga dilihat tidak mempunyai pemain bintang atau import yang begitu berpengaruh.

Ia selari dengan falsafah Teong Kim yang mahu memberikan peluang kepada pemain muda untuk menyinar di dalam skuad Seladang.

Kemenangan sulung diperolehi dalam perlawanan pada Ahad lalu sememangnya memberikan keyakinan baharu kepada The Bos Gaurus untuk bersaing dalam saingan liga pada musim ini.

Pada perlawanan keempat itu, Perak FC berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0 melalui dua jaringan disumbangkan pemain import dari Korea Selatan, Seo Seonung.

Bagaimanapun, selain dilihat sebagai sebuah pasukan yang sedang dalam proses membentuk potensi dimiliki, The Bos Gaurus juga masih belum sepenuhnya menggunakan senjata yang dimiliknya.

Pada Ahad, Perak FC berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0 melalui dua jaringan disumbangkan pemain import dari Korea Selatan, Seo Seonung. — Facebook/PerakFootballClub

Antara yang dimaksudkan tentunya adalah yang ditandatangani pada musim lalu daripada Selangor FC, iaitu bekas, Wan Zack Haikal.

Setakat ini, bekas pemain kebangsaan yang beraksi di posisi sayap kiri itu masih belum diturunkan dalam pasukan utama Perak FC dalam semua perlawanan awal.

Bagaimanapun, ada peminat yang berpandangan, Wan Zack yang masih sedang berusaha untuk mendapatkan momentum selepas mengalami kecederaan panjang bersama pasukan sebelum ini hanya menunggu masa untuk diturunkan sebagai pemain utama.

“Wan Zack adalah ‘kuda liar’ yang di dalam mood standby untuk special taktikal bila di beri tugas oleh Datuk Lim Teong Kim masa perang atas padang nanti. semua tak sabar nak tengok,” kata Ayein Kaka.

Berikut Majoriti empat sebab mengapa Wan Zack merupakan pemain yang perlu diberikan perhatian dalam membantu pasukan Perak FC menjadi lebih bertenaga dalam saingan liga musim ini:

1) Dapat minit permainan bersama Perak FC B

Wan Zack ketika beraksi bersama Perak FC B. — Facebook/PerakFootballClub

Sebagai pemain yang berhadapan dengan beberapa siri kecederaan utama sehingga disisihkan dalam tempoh lama, Wan Zack tentunya memerlukan sedikit masa untuk mengembalik keyakinan diri untuk menampilkan aksi terbaik.

Wan Zack juga dilihat mempunyai waktu permainan yang sangat terbatas sebelum ini ketika bersama Selangor FC selama tiga musim.

Disebabkan itu, tindakan Perak FC untuk memberikan minit perlawanan kepada Wan Zack untuk beraksi bersama pasukan B di Piala MFL 2023 dilihat bertujuan bagi memberikan ruang kepada pemain itu bagi membina momentum untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik.

Langkah untuk tidak tergesa-gesa untuk menggunakan bekas pemain utama pemain muda terbaik kebangsaan 2011 ini sekiranya berjaya pastinya bakal memberikan tonik baharu kepada skuad The Bos Gaurus pada musim ini.

Kelincahan dan larian deras yang dimiliki oleh pemain berusia 32 ini tentunya akan menjadikan The Bos Gaurus lebih digeruni terutamanya di bahagian serangan sayap kiri.

2) Special taktikal oleh LTK

Teong Kim ketika mengendalikan latihan pasukan Perak FC. — Facebook/PerakFootballClub

Teong Kim merupakan seorang jurulatih yang dilihat cenderung untuk menerapkan amalan permainan ‘total football’ kepada pasukannya.

Dalam empat perlawanan awal, pasukan Perak FC dilihat memainkan corak permainan yang positif dengan sentiasa terbuka untuk menyerang.

Justeru, tindakan Teong Kim yang memilih untuk mengekalkan khidmat bekas pemain Harimau Malaya, Wan Zack Haikal pada musim ini pastinya mempunyai hujah dan sebab yang tersendiri yang dirasakan perlu untuk membantu membina pasukan yang diinginkannya.

Penyokong skuad The Bos Gaurus (TBG) pastinya tidak sabar untuk melihat perancangan yang berada di ‘poket’ bekas penolong jurulatih akademi gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich itu dalam mendapatkan hasil yang terbaik daripada Wan Zack.

3) Suntik elemen pengalaman dalam skuad

Wan Zack juga pernah membuat lapan penampilan bersama skuad kebangsaan. — The Star

Sebagai skuad yang dibarisi sejumlah besar pemain yang masih berstatus ‘ubi’, aspek pengalaman adalah antara elemen yang dilihat begitu diperlukan oleh skuad Perak FC.

Disebabkan itu, sebagai pemain yang pernah bermain bersama beberapa kelab utama di dalam negara, di samping berkelana di kelab luar negara di Jepun bersama FC Ryukyu, Wan Zack tentunya mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada pasukan.

Untuk rekod, Wan Zack menjadi pemain utama ketika bersama kelab Felda United FC dalam saingan Liga Super musim 2017 melalui 16 penampilan.

Selain itu, dia juga pernah bersama FC Ryukyu yang bermain di divisyen ketiga Liga Jepun pada 2013, namun keriernya bersama kelab tersebut terkandas akibat kecederaan lutut yang dialami.

Selain itu, Wan Zack juga pernah membuat lapan penampilan bersama skuad kebangsaan.

4) Calon kapten pasukan

Wan Zack menjadi kapten ketika beraksi bersama Perak FC B. — Facebook/PerakFootballClub

Dalam pada itu, sebagai antara pemain yang berpengalaman dalam skuad Perak FC, Wan Zack tentunya akan menjadi individu yang dijadikan pilihan oleh Teong Kim untuk dijadikan sebagai kapten pasukan.

Hal ini dapat menjadi realiti sekiranya dia mampu untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik dan seterusnya menjadi pilihan utama untuk menganggotai kesebelasan utama The Bos Gaurus.

Dengan status sebagai antara pemain dengan nama yang dikenali dalam bola sepak tempatan, dia pastinya tidak mempunyai masalah untuk mendapat penghormatan dan membina pengaruh bersama pemain muda Perak FC.

Elemen kepimpinan ini pastinya ditagih dapat membantu menyediakan skuad Seladang bagi mengharungi musim panjang liga super kali ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fans Kelantan tidak sabar pelawa kepulangan bekas ‘mastermind’ TRW – Sukan

Next Post

‘Dulu sedekat nadi, kini lebih jauh dari bumi dan matahari’, kapten Perak FC luah rasa sedih kehilangan ayah tercinta – Sukan

Related Posts