Tunggakan gaji cecah RM2.3 juta, PFAM heret Melaka United ke mahkamah – Sukan


JUMPA di mahkamah. Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) memberi amaran bakal membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan berhubung isu tunggakan gaji pemain Melaka United FC yang dilaporkan mencecah RM2.3 juta.

PFAM menerusi satu kenyataan pada Khamis berkata, tindakan itu adalah bagi membela nasib pemain yang terkesan secara langsung akibat daripada sikap pengurusan yang tidak mengambil serius untuk memperjuangkan hak dan kebajikan pemain.

“Semalam (Rabu), merupakan tarikh akhir bagi notis yang dihantar ke Melaka United menerusi PFAM untuk melunaskan tunggakan gaji yang dihadapi oleh pemain. Tunggakan gaji bermula Julai hingga Disember 2022 menyebabkan pemain Melaka United berdepan situasi enam bulan tidak bergaji.

“Lebih mendukacitakan, pemain yang mempunyai komitmen bulanan terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan kelangsungan diri dan keluarga sehingga berulang kali menerima panggilan daripada pihak bank untuk menyelesaikan pembayaran bulanan,” menurut kenyataan itu.

PFAM berkata, Melaka United tidak mematuhi keputusan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan pada 4 November lalu, yang mengarahkan kelab berkenaan melunaskan satu bulan gaji terlebih dahulu.

Tambahnya, laporan tunggakan gaji bagi bulan-bulan yang berikutnya dihantar ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tujuan perbicaraan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan.

“Realiti ini amat mendukacitakan kerana sebagai pemain bola sepak profesional dalam negara, mendapat bayaran gaji daripada majikan berdasarkan kepada persetujuan dalam kontrak adalah hak yang sewajarnya dipenuhi.

“Mereka sepatutnya tidak perlu untuk merayu seolah-olah meminta bantuan ataupun mereka melakukan kesalahan untuk menerima gaji mereka sendiri,” menurut PFAM.

Rabu lalu, bekas pemain Melaka United, Syukri Baharun mempersoalkan bagaimana pasukan itu, yang kini ditukar nama ke Melaka FC di bawah pengurusan baharu dibenarkan beraksi di Liga M3 musim ini walaupun masih belum menyelesaikan tunggakan gaji selama enam bulan pada musim lepas.

Sebelum ini, Melaka United dan Sarawak United disingkirkan daripada Liga Super 2023 apabila permohonan kedua-dua kelab berkenaan untuk Lesen Kebangsaan ditolak ekoran masalah tunggakan gaji pada musim lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Speedy Tigers mara ke suku akhir Piala Dunia 2023 – Sukan

Next Post

‘Best friend tak best friend’, gandingan TCH-Ramon Marcote bersama Selangor FC belum cukup jadi pencabar JDT — Azraai Khor – Sukan

Related Posts