Tular gambar di Wisma FAM, Akmal Rizal nafi ganti E. Elavarasan – Sukan


Pengendali skuad Piala MFL Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menafikan yang dia berada dalam perebutan jawatan jurulatih pasukan B-23 Malaysia.

Bekas penyerang kebangsaan itu menafikan yang dia akan menggantikan E. Elavarasan yang meletakkan jawatan selepas berjaya membawa Malaysia ke Piala Asia B-23 di Qatar pada 2024.

Ia susulan sebelum ini spekulasi bertiup kencang apabila Akmal memuat naik gambarnya yang berada di Wisma FAM pada Jumaat.

Akmal bergambar di Wisma FAM. — Twitter (X)/Akmal Rizal

Namun pada Sabtu, Akmal menafikan perkara tersebut dengan mengatakan ia semua adalah khabar angin semata-mata.

“Saya menafikan segala berita dan khabar angin yang mengatakan saya akan menggantikan E. Elavarasan.

“Masih banyak yang perlu saya belajar,” kata Akmal di laman Twitter (X) miliknya. — Majoriti

MENYUSUL…

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Selain CR7, seorang lagi bekas bintang EPL turut jadi ‘Pak Sheikh’ – Sukan

Next Post

Kutip 3 mata, tapi 2 wakil negara di Piala AFC masih ketinggalan di belakang kelab Kemboja – Sukan

Related Posts