‘Tukang kebun, tidak dengar’, antara warna-warni pemecatan 3 jurulatih ‘tak sempat masak’ – Sukan


LIGA Super yang memasuki pertengahan musim menyaksikan tiga jurulatih direhatkan setakat ini dengan yang terbaharu ialah Datuk Lim Teong Kim.

Bekas pengendali Perak itu diumumkan tidak lagi bersama The Bos Gaurus (TBG) berkuat kuasa serta-merta yang menyaksikan tugasnya diambil alih oleh Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih sementara.

Sebelum Teong Kim, dua jurulatih kelab Pantai Timur terlebih dahulu digugurkan daripada pasukan iaitu Tomas Trucha (Kelantan United) dan Choi Moon-sik (Kelantan FC).

Ketiga-tiga jurulatih itu kurang berjaya membawa pasukan masing-masing dalam kelompok terbaik liga.

Moon-sik menjadi jurulatih Liga Super pertama musim ini yang direhatkan. — Facebook/ Kelantan FC

1. Choi Moon-sik

Pengendali dari Korea Selatan itu menjadi jurulatih Liga Super pertama musim ini yang direhatkan menerusi pengumuman Kelantan FC pada 4 April 2023.

Pengumuman itu sudah boleh dijangka kerana masalah komunikasi yang timbul antara jurulatih itu dengan pemain-pemainnya.

Namun, ia dibuat secara mengejut sebelum perlawanan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menyaksikan Kelantan tewas 0-5.

Pemilik kelab berkenaan, Norizam Tukiman dikatakan mengambil keputusan tersebut dibuat selepas kekalahan berterusan selain tiada laporan prestasi dari pengendali tersebut.

Pendedahan ejen Moon-sik di Instagram berhubung dakwaan layanan buruk di Kelantan FC. — Semuanya Bola

Namun ejen Moon-sik mendedahkan pengendali berusia 52 tahun itu yang dianggap sebagai legenda bola sepak Korea Selatan menerima layanan buruk di Kelantan FC.

Dia tidak ubah seperti ‘tukang kebun’ kerana terpaksa membersihkan sendiri padang sebelum anak buahnya menjalani latihan.

Selain itu, dia juga sering dibaling dengan botol dan dimaki hamun oleh individu yang dinamakan ejennya sebagai ‘bos’ Kelantan FC.

Sepanjang enam perlawanan musim ini di bawah Moon-sik, TRW hanya merekodkan satu kemenangan, seri sekali dan tewas empat kali untuk menghuni tangga ke-11 liga dengan empat mata.

Jodoh Trucha dengan Kelantan United hanya bertahan lima bulan. — Bernama

2. Tomas Trucha

Direhatkan dari Kelantan United pada 8 April 2023 dipercayai berpunca daripada aksi ‘lemau’ yang diperagakan oleh skuad Sang Kijang Hijau.

Jurulatih dari Republik Czech itu terdahulu dilantik pada 30 Disember 2022 untuk mengemudi Kelantan United yang ‘naik pangkat’ ke Liga Super 2023 daripada Liga Perdana.

Trucha yang berusia 51 tahun berpengalaman mengendalikan Penang FC pada musim lepas, namun jodohnya dengan pasukan itu berakhir pada Mei 2022.

Dia berpeluang melatih skuad Harimau Kumbang selama lebih semusim dari tempoh lantikan bermula Disember 2020 hingga April 2022.

Trucha terpalit kontroversi selepas didakwa kononnya sengaja menjatuhkan skuad Harimau Kumbang selepas dia mungkin tidak berpuas hati dengan pengurusan kelab.

Perkara itu dipercayai tercetus selepas Penang FC membuat pengumuman terlalu awal berhubung pelantikan Manzoor Azwira sebagai ketua jurulatih pada tahun 2023.

Trucha pernah membawa Penang FC menduduki tangga ketiga Liga Super pada musim 2021.

Teong Kim gemar menggunakan khidmat pemain-pemain muda namun ia dirasakan kurang sesuai di peringkat Liga Super. — Facebook/ Perak FC

3. Datuk Lim Teong Kim

Seperti Moon-sik, karier kejurulatihan Teong Kim di Perak FC juga pernah diramal berakhir lebih awal sehingga ia menjadi kenyataan pada 25 Mei 2023 menerusi pengumuman rasmi oleh pengurusan kelab.

Memiliki pengalaman menjadi penolong jurulatih selama 12 tahun bersama pasukan bawah 19 tahun (B-19) Bayern Munich tidak cukup menjadi modal untuk Teong Kim membantu skuad Seladang.

Perak FC yang diambil alih XOX Berhad selepas melalui musim suram pada 2022 dikendalikan Teong Kim dengan falsafah ‘trust the process’ lantaran menggunakan khidmat pemain-pemain muda.

Reaksi negatif Teong Kim ketika ditanya soalan mengenai persembahan Perak FC ketika menentang JDT. — Astro Arena

Namun, pendekatan pembangunan bakat muda dalam saingan Liga Super menyaksikan TBG menjadi mangsa belasahan pasukan lebih kuat di divisyen tertinggi liga tempatan.

Perak FC di bawah Teong Kim hanya mampu melakar dua kemenangan dengan selebihnya tumbang tujuh kali dan seri tiga kali sepanjang 12 kali beraksi setakat ini.

Selain prestasi hambar, Teong Kim juga pernah dihimpit kontroversi kerana insiden bertekak dengan penyokong di stadium.

Dia juga dikatakan ‘melepaskan geram’ kepada media kerana menjawab soalan secara sarkastik ketika siaran langsung usai perlawanan hingga tindakan itu mengundang kritikan hebat terhadapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Teong Kim jadi ‘korban’ dolak-dalik pengurusan PFC yang turutkan penyokong? – Sukan

Next Post

Lakar sejarah treble, kenali 12 pemain TRW pernah julang Kelantan pada 2012 sebelum disunting JDT – Sukan

Related Posts