Tubuh kecil tak halang Faisal Halim pamerkan aksi cemerlang – Sukan


PEMAIN sayap Harimau Malaya, Faisal Halim tidak menunjukkan rasa takut apabila berdepan dengan pemain yang memiliki saiz tubuh badan lebih besar daripadanya di Stadium Chengdu Phoenix Hill, Chengdu, China pada Sabtu.

Atas persembahan beraninya, Faisal berjaya menjaringkan gol tunggal sekali gus membantu Harimau Malaya mengikat China 1-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.

Faisal Halim atau mesra dengan panggilan Mickey itu menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11 selepas menerima hantaran daripada Akhyar Rashid yang disudahkan dengan tendangan kencang menewaskan penjaga gol China, Yan Junling.

Mickey mencetak gol tunggal untuk pasukan kebangsaan. — Facebook/FAM

Pemain sayap China, Lin Liang Ming bagaimanapun berhasil menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-36 apabila melepaskan rembatan di luar kotak penalti menundukkan penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi.

Cemerlang bersama skuad kebangsaan Faisal sekali gus menunjukkan bahawa penggantungan baru-baru ini tidak memberi kesan kepadanya malah lebih bersemangat untuk beraksi buat pasukan Harimau Malaya.

Pemain berketinggian 1.58 meter itu berjaya melepasi pemain pertahanan China yang lebih tinggi daripadanya seperti Zhang Linpeng, Tyias Browning dan Gao Zhunli.

Melihat kepada aksi tersebut, dia malah mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong tuan rumah.

Menampilkan aksi yang cukup cemerlang ketika berdepan China dan Syria, ramai kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain lincah walaupun kurang minit permainan.

Faisal digantung selama sebulan pada Ogos oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana memberi komen mutu pengadilan selepas perlawanan Liga Super menentang Sabah pada 27 April lalu.

“Alhamdulillah selepas saya digantung selama sebulan saya tidak beraksi, tetapi inilah rezeki ALLAH, gol ini untuk pasukan Harimau Malaya dan rakyat Malaysia.

“Perlawanan menentang China adalah sukar kerana kami belum berada di tahap mereka tetapi kami cuba melawan. Keputusan seri itu adalah tanda kemajuan kami.

“Kami telah menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai perwatakan dan mentaliti yang baik. Kami akan belajar daripada perlawanan ini dan menjadi lebih baik,” kata Faisal, yang telah menjaringkan 12 gol antarabangsa dalam 25 perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Kim Pan-gon gembira dengan dua keputusan seri menentang pasukan ranking bawah 100 iaitu Syria dan China.

“Kami mengharungi perlawanan yang baik menentang pasukan ranking tinggi China dan Syria serta banyak belajar mengenai perlawanan ini. Saya bangga dengan skuad Harimau Malaya.

“Tiada komen mengenai prestasi mereka, kami perlu fokus ke hadapan. Semangat pasukan yang baik. Malaysia mempunyai potensi dan tidak menunjukkan ketakutan terhadap negara-negara ranking teratas sekarang,” kata pengendali kelahiran Korea Selatan itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gerun barisan Gajah Perang lebih garang, Mukhairi mahu Harimau Muda cipta kejutan – Sukan

Next Post

Bekas penyerang Perancis antara 3 ancaman perlu dihadapi JDT ketika berdepan Kawasaki Frontale – Sukan

Related Posts