Tuan rumah nak tuntut ganti rugi selepas kediaman rosak dirempuh Bugatti, respon Ronaldo memang ‘win’!

BARU-BARU ini tular kes model Buggati milik Cristiano Ronaldo terlibat dalam kemalangan merempuh sebuah rumah di Majorca, Sepanyol.

Berikutan kejadian telah berlaku, dikatakan penyerang Manchester United itu sedang bercuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Bugatti RM9.17 juta milik Ronaldo terlibat kemalangan, rempuh rumah

Polis mengesahkan bahawa pekerja Ronaldo atau dianggap sebagai salah seorang pengawal peribadinya ini telah memandu kereta sport mewah itu.

Dalam insiden itu, kereta Bugatti Veyron hitam berharfa £1.7 juta (RM9.17 juta) telah merempuh sebuah rumah di kawasan perumahan di pantai timur di Sa Coma.

Difahamkan pemandu itu tidak mengalami kecederaan serius, dan dipercayai terdapat lebih seorang di dalam kereta ketika kejadian.

Menurut sumber, polis Sepanyol mengesahkan tiada apa-apa yang menunjukkan Ronaldo terlibat dalam nahas itu.

“Kereta itu merempuh dinding tetapi hanya kerosakan kecil berlaku. Tiada sesiapa yang cedera dan pemandu bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian itu,” katanya.

Jawan diberikan oleh Ronaldo kepada jirannya ini bagaimana pun menjadi perhatian berikutan tidak mahu memanjangkan kes yang berlaku.

Bagi pihak pemain berusia 37 tahun itu, Ronaldo telah beritahu jirannya dan berjanji untuk bayar segala kerosakan yang dilakukan oleh pekerjanya yang memandu Bugatti ini.

“Baiki segala kerosakan dan simpan invois tersebut untuk ganti rugi,” ujarnya.

Dalam pada itu, jiran Ronaldo juga turut menyatakan bahawa meter air tercabut serta dua konkrit tiang rumah telah dirobohkan. -MIRROR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tolak imej seksi, peninju wanita tak mahu terkenal dengan cara kotor… Malu dengan anak

Next Post

Tiba-tiba tak sedarkan diri dalam kolam, tindakan pantas jurulatih selamatkan nyawa perenang Amerika

Related Posts